Showing posts with label Jimat. Show all posts
Showing posts with label Jimat. Show all posts

Tuesday, 29 March 2016

Belanja kahwin 2K saja

Aku nikah tahun 1999. 17 tahun yang lepas. Tapi aku dengan Pak Atan cuma spent 2K saja untuk majlis kahwin kami. Gaji aku time tu baru 400++ saja macam tu juga gaji Pak Atan. Bila difikirkan balik dan dibandingkan pada zaman ni hang gila savings apa pun tarak, gaji 5 ratus pun tak sampai ada hati nak menikah nak beranak pinak. Tah bab beranak pinak tu tak terpikiaq pula aku masa tu. Yang dok pikiaq nak menikah.
2K tu pun pinjam oiii hahah bukan duit sendiri. Lepas pinjam bahagi la sorang 1K. Duit tu la guna nak pi kursus kahwin, buat baju nikah dan beli hantaran sikit2. Tapi Pak Atan ada la duit savings dia RM1K. Jadi 1K tu dibuat mas kahwin aku. Aku ambik duit mas kahwin saja yer aku tak ambik duit hantaran. 

Dengan RM2K tu kami boleh beli:-

Pak Atan side

1) Tempah baju melayu Pak Atan = RM 150.00
2) Kursus kahwin kat                    = RM 80.00
3) Senaskah Al-Quran              = RM 25.00 (anggaran.aku lupa harga sebenar)
4) Rehal                                  = RM 20.00 (anggaran. aku lupa harga sebenar)
5) Cincin                                 = RM 180.00
6) Barang hantaran aku tak sure dia beli ka dak. Mungkin ipar duai dia pakat sponsor la kot. 

Total cost: RM 455.00. Ada balance lagi RM 545.00. 

Side aku

1) Baju nikah. Kain cokia saja.   = RM 50.00 (anggaran. aku lupa harga kain. beli kat kamdar jer)
2) Kos upah baju                         = RM 35.00
3) Kasut                                          Pakai kasut dok pi kerja jer
4) Kursus nikah                           = RM 80.00
5) Bunga plastik                          = RM 10.00
6) Barang hantaran kakak angkat aku sponsor. Nak buat sikit tengok-tengok banyak la juga. Rezeki

Total cost: RM 175.00. Mekap sendiri. Jurugambar pun sendiri. Bed sheet pengantin pun aku tak beli. Ya lah tumpang rumah org untuk majlis lagi mau beli bed sheet bagai.Choi la sangat kan. 

Aku lebih fokus pada lepas nikah tu. Kami dah sewa rumah. Jadi beli dapur, gas, dan pinggan mangkuk. At least bagi la nampak complete kan. Aku beli set pinggan color dark chocolate. RM199 satu set. Pinggan makan 6 biji semua 6 biji. Time tu aku pakai hentam beli saja . Aku tak la keluarkan semua pinggan tu, keluar takat aku nak guna ja la. Time tu aku berdua ja dengan Pak Atan kan. Lama-lama baru aku perasan oh pinggan ku itu LUMINARC ok. Tapi sekitar tahun 1999 tu kan tgh top jenama arcopal. Sudah pasai pinggan. Back to cerita kahwin aku.

Belah aku tak buat kenduri pun sebab tak ada sapa nak handle. Jadi kenduri di buat sebelah pihak lelaki. Kenduri tu FOC sebab in law aku masuk pakatan rakyat kampung jadi bila ada rumah yang nak dibuat kenduri maka dapat la beras, minyak dll. Thanks tu my in-laws yang sporting dan memahami dan menaja kenduri. Bunga telur pun dapat FOC. Lepas kenduri FIL aku bagi kat kami sorang RM100 hehe duit dari salam kaup tu ler. Rezeki. Aamiin. 
Oh ya duit mas kahwin aku tu aku beli rantai dan gelang tangan. Lepas nikah balik langkawi buat kerja macam biasa. Lepas tu mengandung dan mengandung dan mengandung sampai dapat 6 org anak. Kerja keras yang berbaloi hak-hak-hak.

Yang penting akad nikah. Bab hantaran kahwin duit dsbnya tu kena check poket sendiri lah. Kalau mampu buat pi la 14 hari 14 malam pun. Tak mampu tiru aku ni. Mampu kau nak tahan napsu semata-mata nak buat kerja nikah kahwin grand macam anak Najib? Aku ni masa kenduri tak panggil langsung kawan-kawan aku aih. Ya lah kenduri PIL aku yang sponsor lepas tu ada hati mau ajak segerombolan kawan2. Manyak cun. Ayah aku pun tak mai kenduri aku. Tak per ler asalkan dia ada masa hari akad nikah tu kan. redha jer aku.

Tidak lah aku details sangat pasal kes yang tengah meletop la ni. Pengantin 15K tu. Sepatutnya both family kena la discuss sebelum majlis bermula. Cerita terus terang yang balance 5K tu tak bawa. 
Tapi tu lah zaman sekarang, kos sewa pelamin saja dah berbelas ribu. Perlu ke pelamin semua tu? Kalau perlu kenapa tak buat sendiri? Tak reti sangat kan boleh gooooooooooooogellllllllllllll saja. Macam-macam pattern ada kau. Lepas bab pelamin bab meja makan pengantin pula. Hiasan bukan main lagi. Guna meja pengantin setakan 1/2 jam lepas kenyang meja tu hadirin yang dijemput pula la yang konker hua hua hua. 
Door gift/ goodie beg. Ni dah wajib. Dulu kenduri dapat telur rebus jer sebiji. 

La ni nak kena sedikan goodie beg. Dalam tu kena boh coklat lah, kek la. Yang berkemampuan akan letak yassin, tasbih. Ketip kuku pun aku pernah dapat. 

Jangan lah ikut orang yang mampu kalau poket kita robek. Buat setakat yang mampu. Kita kena fikir kehidupan lepas hari kenduri tu.Kerana lepas hari kenduri tu lagi panjang berjela kehidupan kita kalau panjang umur lah. Jangan berhutang semata-mata nak nampak hebat dihari kenduri nak tunjuk kat ex-gf dan bf yang majlis wedding kau gah sampai kau berhutang dengan ceti haram semata-mata nak tempah wedding dress kat Rizalman. Ha rasalah kau lepas ni ceti tu ligan hang bukan Rizalman hakx.

Jadi aku mengimpikan majlis kenduri yang sederhana untuk anak-anak aku. Sederhana tapi glams. Goooogleeeeeeeeee kan ado



Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers