Showing posts with label Lara Hati. Show all posts
Showing posts with label Lara Hati. Show all posts

Saturday, 12 December 2009

*** cerita-ceritit.....***

Saat ini.
Hati masih lagi gusar. Otak berputar 360* tanpa henti.Apa benar keputusan yang bakal di buat akan mendapat ganjaran yang setimpal?
Apa kuat hati ini untuk menghadapi masa hadapan (dugaan,ujian,etc) yang belum tentu bagaimana bentuknya?
Tegakah hati, minda nak tinggalkan apa yang sudah sebati disini?
Celaru-celaru-celaru-celaru.....
Dada sudah sebu sebenarnya. Air mata mahu gugur tapi cuba di tahan. Lagak untuk menunjukkan yang kita tabah. Menahan sakit melahirkan 5 anak setitik air-mata tak gugur...takkan hal macam ni nak jadi macam heroin tamil menangis meraung-raung??? Ego tetap ada!!!!
Terfikir!!! adakah betul keputusan yang di buat ni?? Tidakkah terburu-buru? Bimbang sejarah berulang..tapi bak kata En.Atan
" Dengan cara kita berhijrah mungkin hidup kita lebih berkat. Tengok apa yg kita ada sekarang???"
(Jujur..apa yg ditaipkan lahir dari hati saya..jika ada yang nak pandang buruk pada saya..oh saya tidak mampu menahan.Bukankah berkata benar itu adalah lebih baik dari pretending bagoosss?. Alhamdulillah En.Atan kenal siapa isterinya)
Ya..saya akui sekarang ni semua benda negatif yang berlegar dalam layar minda saya. Kalau ada positif pun cuma 1% bila agak2 positif nak meningkat ke 2% cepat2 negatif menerjah.
Saya terbayang karenah sipolan tu, si polan ni, si kodok tu, si kodok ni...tapi demi mereka:



Saya redha menjadi lilin.....asalkan mereka bahagia, terjamin dan bukankah saya katakan saya nak yang THE BEST untuk mereka dunia dan akhirat???

Abang sudah boleh jadi imam pada adik-adik dia. Bukankah itu satu permulaan yang baik???
Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers