Friday 10 June 2016

Please remind your kids

Hari ke 3 puasa tempat kerja Pak Atan buat majlis berbuka puasa untuk family dan staff. Macam selalu every year tempat kerja Pak Atan memang ada buffet ramadhan.
Ok back.to cerita berbuka puasa tu kami sampai ngam-ngam hampir waktu berbuka. Jadi tetamu dah ramai, tempat hampir penuh. Tapi kami berjaya jugalah dapat tempat. Pak Atan kemudian busy lah nak pastikan food cukup. So aku dan anak2 sajalah yang duduk di meja dan tunggu suasana di food kaunter reda untuk ambik makanan. Bila dah ok sikit barulah kami pi ambik food. Pesan aku pada anak2 ambik apa yang nak dimakan saja dan ambik dalam kuantiti yang sikit. Bila rasa nak lagi boleh tambah.
Kami ambik air kemudian spaghetti sebab tu yang depa nak. Dan oleh kerana meja kami ditepi sekali jadi kami boleh tengok meja2 lain. Rasa geram dan malu pun ada. Sebab nampak sangat tamak dan bernafsu. Pinggan penuh meja. Nasi,lauk membuak-buak dalam pinggan. Kira nya depa kaut makanan tu boh dalam pinggan depa tanpa fikir orang lain. Bila dah penuh food dalam pinggan, pinggan pula bersusun atas meja tapi makannya tak habis. Tinggal terbiar atas meja. Di sebelah meja yang kami duduk food yang dok.ada makan tak habis. Spaghetti masih tak terusik. Kemudian bangun pergi ambil daging kambing golek pula. Dan 😈😈 daging tu pun makan tak habis.
Kata anak dara aku" bertudung litup, nampak berilmu tapi tak tau ka membazir tu tak elok?"
Sedih dengan sikap orang kita. Tamak. Kaut segala mak nenek macam.dapat habiskan semua. Tapi lepas tu tinggal macam tu saja. Takkan lah tak tau food akan di refill kalau dah habis. Jadi tak timbul isu yang kalau kau tak kaut food byk2 pun kau akan missed the food.
Makanan melimpah ruah jadi rasa sayang kpd makanan tu dah tak ada.
Kita lupa pada saudara kita yang makan ala kadar sekadar telur di gaul dengan toyu [toyu is kicap ok]. Tu pun dah nikmat tak sangga. Tak ada makna kau dressing bukan main cantik, pakai heel bertingkek, tudung kau naelofar tapi etika kau macam ni.
Jadi mak ayah tolong remind anak2. Ambik apa yang nak dimakan saja. Ambik dalam kuantiti yang sikit. Nak boleh tambah dan kalau perlu pakai lah plate yang sama juga. Jadi tak dak lah meja menimbun dengan pinggan. Alhamdulillah berbuka hari tu berjalan lancar. Anak2 dah besar jadi tak banyak ragam buat tekak mengkelan.

Sunday 29 May 2016

My kids my world

Kalau boleh semua aktiviti yang melibatkan anak2 aku nak join. Setiap kali Faez keluar untuk perlawanan bola aku akan hantar. Bagi setengah orang itu biasa tapi bagi aku itu harus. Sebab anak akan tahu betapa kita sangat2 bagi sokongan kpd mereka. Merestui dan mendoakan. Apa juga aktiviti kat sekolah aku akan hadir.
Kesian anak2 yang tertunggu kehadiran mak ayah tengok2 ibu bapa depa tak hadir. Sudah tentu depa kecewa. Arwah Tok aku akan hadir untuk setiapa acara disekolah. Dan aku bangga dengannya.
Baru2 ni Luqman ada tournement Roller Blade tapi aku tak hadir tengok dia bertanding. Sebab salah dia sendiri sebab dia tak inform aku. Jadi timbul konflik dan rajuk. Dia komplen aku hanya fokus pada Faez dan aku abaikan dia. Konflik2. Kami bertelagah juga. Akhirnya aku suruh dia tunjuk skill nya kat aku. Dari atas lorong rumah aku hingga ke bawah dia meluncur RB. Aku pun terkinja-kinja lompat kekaguman.😂😂.
Dunia aku sebenarnya dengan anak2 aku. Dan aku happy😍👬👬👭💓💜

Friday 27 May 2016

Terkunci

Semalam ada aksi mendebarkan. Aku balik kerja sebaik sampai jer jiran aku Kak Za bagitau yang anak jiran kami Cikgu Asma , si Anas yang berumur setahun lebih terkunci dalam.kereta. Kereta enjin tak hidup. Gila kau berpeluh boleh pengsan anak tu. Bapanya sibuk cari kunci spare yang entah dimana. Mak nya dalam pantang nampak rileks. Tapi dalam hati siapa tahukan. Tapi kalau diri aku sendiri kalau hati aku tak berdebar aku boleh rileks انشالله tak dak apa yang akan jadi. Naluri sorang mak kan.
Asma dah call Bomba dan dalam masa yang sama kami suruh Anas unlock kereta . Hehehe Anas buat muka blurr jer. Kemudian Bomba sampai dan bila Bomba sampai ermm pakat serbu dan kerumun. Riuh rendah ptg semalam. Bomba mulanya cuba buka pintu macam biasa pakai dawai tu. Tapi tak boleh. Dah nak dekat sejam Anas dalam tu akhirnya atas persetujuan ayah Anas Bomba pecahkan tingkap kereta. Lega dan the rest is macam biasa Anas telah di selamatkan dan thanks mr bomba. Datang dgn truck Bomba dan siap bunyi siren lagi.
Pesanan dari aku: Jangan sesekali tinggal anak dalam kereta dgn kunci sekali. Tak kira lah kau nak lari ambik handphone kat dalam rumah pun. Bahaya dan kejadian yang tidak di sangka akan berlaku.

Monday 23 May 2016

Balasandiran

Masa aku kerja cashier di 101 Mall sekitar tahun 1998 aku ada sorang colleaguemate nama dia Balasandiran atau di kenali dengan nama Bala. Bala adalah india tapi he is a good boy. Bala pun cashier juga. Jadi kadang2 aku dan dia kerja sama shift. Aku bersekolah campur cina dan india jadi tak ada masalah nak bergaul.dengan dia. Bala layan aku dengan baik. Aku trauma pada anjing. Jalan balik ke kuarters mesti jumpa anjing jadi kalau shift malam Bala hantar aku balik dengan motor EX5 dia. Ya aku berani bonceng motor Bala balik sebab aku takut anjing. Sikap Bala yang peramah, riang dan helpful membuatkan semua suka pada Bala. Ada cashier lain berbangsa India juga. Nama dia Shanmugam atau Shan. Sorrylah Shan is not our favourite. Dia suka pada chinese girl dan Wani awek Kelate kerja sebagai cashier juga. Bila ada budak-budak.chinese girl yang buat part time, amboiii Shan mesti sengih sorang2. Dia ingat budak2 tu bergelak ketawa dengan dia. Dan paling haru dia minta aku karang surat cinta untuk dia hahaha. Bengong sangat.
Berbalik kepada cerita Bala, dia cerita pada aku dia anak orang susah. Kecik2 dia dah tinggal asrama anak.yatim. Kesian aku dengar cerita dia. Aku happy bila shift aku sama dengan Bala sebab ada lah teman nak bergaduh. Lebih lagi kalau kami di tempatkan di kaunter berdekatan dia akan melangkah ke kaunter aku untuk berborak. Gila hahaha.
Bala pernah bertanya pada aku "sakit tak bersunat tu". 😆😁😁😁  gelak aku bila dia tanya macam tu. Sebab aku mana lah nak tau jadi aku suruh dia bertanya kepada orang yang bersunatlah. Bila aku stress dengan perangai dia yang suka menyakat aku akan kata "bala2..hang ni memang bala lah".Kawan-kawan kata Bala suka aku. Bila aku off atau dia tak nampak aku dia akan tanya mana aku. Aku hanya mampu gelak saja. Waktu tu aku tak terfikir pun nak bercinta dengan Bala bukan sebab dia India. Tapi aku waktu tu fokus yang aku nak cepat2 dapat kerja lain dan pindah ke tempat lain. KL dan aku tak boleh bersatu..Aku tak boleh berenang dalam kesibukan KL. Dan aku anggap Bala kawan baik aku. Kawan yang aku boleh mengadu susah aku walaupun kadang2 mamat tu blur bila aku bercerita. Yang redha hantar aku balik malam2 sebab aku takut anjing. Bala lepas hantar aku balik dia akan terus balik kerumah dia. Dia tak kepoh nak.singgah masuk ke kuarters aku. Bala yang kadang2 pinjamkan aku duit makan bila aku tak ada duit.
18/3/1998 tarikhnya kalau aku tak salah ingatan, aku tinggalkan 101 Mall. Sebab aku dapat kerja lain. Aku tinggalkan Balasandiran tanpa permisi.
Aku harap walau di mana Balasandiran berada dia berada dalam.keadaan sihat sejahtera dan berbahagia. Kami bersahabat tanpa kira batas agama dan kaum. Yang penting ikhlas.

Monday 25 April 2016

Redha kan lah aku

Allah maha besar
Sesungguhnya DIA yang maha mengetahui
Ya Allah...lapangkan hati ku
Lapangkan jiwa ku
Lapangkan segala kekusutan ku
Kau yang maha mengetahui
Ya Allah
Redhakan aku menerima ujian mu
Redhakan aku se redha-redhanya
Bersihkan hati dan jiwa ku
Aku mahu hidup di jalan yang lurus

Amiin ya rabbal alamiin

Dosa yang terampun

jPintu rumah ditolak perlahan. Suasana sunyi sepi. Dia mengerling jam didinding , jarum menunjukkan ke angka 4.30 pagi. Tiada yang menunggu dia kali ini. Tidak abahnya tidak juga ibunya. Mungkin keduanya sudah letih menunggunya. Menunggu untuk meleterinya.Dia sudah boleh menghafal apa yang akan dilontarkan oleh kedua ibu bapanya.
Azam memetik suis lampu ruang makan. Hajatnya ingin minum air kerana dahaga. Tapi dia terkejut, dalam gelap ibunya duduk memerhatikan dirinya. Dia serba salah.
"Azam tadi ...erkk" Ibunya bingkas bangun meninggalkan dirinya tanpa berkata sepatah apa pun.Langsung tidak mahu mendengar penjelasannya. Azam hanya mengangkat bahu.
Seminggu berlalu. Ibunya langsung tidak bercakap dengan Azam. Cuma ayahnya yang masih sudi berbual dengannya. Tapi dia dapat merasakan nada dingin dalam suara ayahnya. Tiada lagi nada mesra seperti dulu.
Azam merasa aman dalam seminggu dua ni. Tiada leteran dan teguran dari ibu dan abahnya. Dia bebas bagaikan raja untuk melakukan apa saja yang terlintas di hatinya. Azam mula belajar merokok. Duit tiada masalah kerana dia tahu dimana ibunya menyimpan duit. Tapi ibunya sedar yang Azam mencuri duit jadi ibunya sudah tidak menyimpan duit di tempat selalu. Tiada duit bermakna bekalan rokok terputus. Azam resah. Tapi akalnya panjang, dia mencuri duit tabung adiknya Azila. Azila mengadu pada ibu dan abahnya. Azam berdebar menanti apakah hukuman yang akan dikenakan kepadanya. Ibunya memujuk adiknya,kemudian ibunya memimpin tangan adiknya beredar dari situ. Tetapi ibunya langsung tidak menegur Azam dan seolah-olah Azam tidak wujud dalam rumah mereka. Abahnya menepuk bahunya sambil berkata "baliklah ke pangkal jalan".
Azam semakin galak membuat onar. Tambahan lagi bila dia berkawan dengan Kudus remaja bermasalah yang dibuang sekolah. Kudus pula melantik Azam sebagai pembantunya. Makin naik.tocang Azam ini. Dia juga sudah berani ponteng sekolah. Kalau dulu ibunya akan kejutkan dia.Tapi kini ibunya langsung peduli pada dirinya. Ibunya hanya menggosok baju sekolahnya kemudian meninggalkan duit belanja sekolah untuknya. Azam merasa lega kerana walaupun sudah berapa lama ibunya tidak bertegur sapa dengannya tapi ibunya masih ingat untuk memberinya duit belanja sekolah.
Satu hari apabila Azam pulang dari sekolah, abahnya sedang menunggunya di rumah. Azam mendekati abahnya dan abahnya memberinya sepucuk surat. Muka Azam pucat lesi. Dia cam benar surat tu dari pihak sekolahnya.
"Bacalah. Azam mesti happykan sebab dah dapat apa yang Azam nak" kata abahnya tenang sebelum beredar meninggalkannya. Azam membaca isi kandungan surat tersebut. Isi kandungan surat tersebut menceritakan bahawa sudah 15 hari Azam.ponteng sekolah. Dan tindakan tata tertib akan di kenakan kpd Azam. Sepanjang dia bersekolah inilah kali pertama dia di hukum. Dia terbayang air muka kecewa ibunya. Ibunya seorang yang amat menitik beratkan hal persekolahan dia dan adiknya. Azam akui sepanjang dia bersekolah dari darjah 1 hingga ke tingkatan 4 dia tidak pernah ada masalah disiplin di sekolah. Tapi dia tidak tahu mengapa kini dia berubah 360 darjah. Dia mula mengabaikan pelajaran, dia berani melawan cakap ibu dan ayahnya.Dia mula merokok.Dia abaikan keluarganya. Dia ingat lagi kali terakhir ibunya bercakap dengan nya semasa ibunya menegurnya kerana dia pulang lewat ke rumah. Waktu itu dia baru saja mengenali Kudus.
"Pukul berapa Azam balik? Azam sedar tak sepatutnya Azam tidak berkelakuan macam ni"
" Azam dah besarlah tak payah lah nak ingatkan Azam mana yang boleh mana yang tak boleh" Dia meninggikan suara kepada ibunya. Ibunya tersentak, tergamam dengan tindakan Azam.
"Baiklah mulai hari ini ibu tidak akan mengganggu kehidupan Azam lagi. Azam dah besarkan". Itulah kali terakhir ibu nya bercakap dengannya. Sudah sebulan Azam tidak berbual dengan ibunya. Azam rindu dengan leteran ibunya. Azam meraup muka dengan kedua tapak tangannya. Terngiang-ngiang di telinganya kata-kata guru kaunselingnya "mak bapak berleter tandanya sayang tapi kalau mereka dah mendiamkan diri bermakna sebaliknya lah tu"
Azam menggeleng kepalanya. Dia tidak sanggup kehilangan kasih-sayang kedua orang tuanya.  Tiba-tiba bunyi mesej masuk kedalam telefon bimbitnya. Azam membaca mesej tersebut kemudian tersenyum. Dia kemudian beredar dan masuk ke dalam biliknya.
Segalanya berlaku dengan pantas. Sedar-sedar Azam sudah berada di atas katil hospital, dalam wad kecemasan. Doktor dan jururawat masing-masing sibuk. Azam cuba mengingat kembali apa yang terjadi.
Ya dia beredar masuk kedalam biliknya sebaik sahaja membaca mesej yang dihantar oleh Kudus. Kudus mengingatkan nya supaya jangan lupa perlumbaan mereka bermula pada pukul 11 malam. Dia terlibat dengan perlumbaan haram sebenarnya. Usai menukar baju dia melangkah keluar dari biliknya tetapi matanya sempat mengerling frame yang mengandungi kata-kata hikmat yang berbunyi " REDHA IBU BAPA SALAH SATU PINTU MENUJU KE SYURGA".
Allah huakbar, apakah ibu-bapanya akan redha bila mengetahui perbuatannya. Dia berlumba haram kemudian motornya bergesel dengan motorsikal kudus dan mereka jatuh lalu terseret. Sedar-sedar dia berada diatas katil hospital. Dia tidak tahu macam mana dengan nasib Kudus. Dia menggagahkan diri untuk bangun. Tapi gagal. Kaki nya terasa ngilu, perit dan sakit.
Seseorang menghampirinya. Azam tahu itu adalah doktor berdasarkan pakaiannya dan stetoskop yang tergantung dilehernya. Doktor tersebut memberitahu bahawa Kudus meninggal sebaik sahaja tiba dihospital. Kudus cedera teruk di kepalanya. Azam hanya mampu mengalir air mata mengenang nasib Kudus. Doktor itu juga memberitahu yang pihak hospital sudah menghubungi keluarganya untuk segera ke hospital bagi mendapatkan kebenaran. Kebenaran??? Kebenaran untuk apa? Azam tertanya-tanya.
Tidak beberapa lama kemudian Ibu dan Ayah Azam sampai ke hospital. Setelah berbual dengan doktor, Azam nampak ibunya menangis dan dipujuk oleh ayahnya. Air muka ke dua nya keruh sekali. Kemudian mereka menghampiri katil Azam. Azam begitu malu untuk bertentang muka dengan ibu ayahnya. Apa yang terjadi adalah salah dirinya sendiri. Baru sekarang Azam rasa menyesal yang teramat sangat.
Kemudian doktor memberitahu Azam bahawa kaki kanannya terpaksa di potong hingga ke paras peha. Ini adalah kerana betis Azam hancur akibat kemalangan. Dan sebenarnya Azam pengsan hampir 4 jam. Oleh yang demikian kebenaran dari ibu bapa Azam diperlukan. Azam meraung semahunya sebaik sahaja mendengar berita yang disampaikan. Dia akan jadi manusia cacat selepas ini. Azam tidak dapat menerima keadaan ini. Ayahnya cuba menenangkan Azam.
"Redha dengan ketentuannya kerana ini lah akibatnya bila kita memilih jalan yang salah" kata ayahnya.
" Doktor, sbg ibunya saya ampunkan segala salah silapnya kpd saya. Saya halalkan segalanya. Tetapi hati saya sudah lama terluka dengan perbuatannya. Terpulanglah kepada doktor untuk melakukan apa jua rawatan yang doktor rasakan terbaik untuk dirinya" sebaik sahaja selesai bercakap dengan doktor itu, ibu Azam berpaling dan berjalan keluar dari bilik kecemasan tersebut. Doktor itu hanya mengangguk kepala tanda faham. Azam meraung sekali lagi. Bukan meraung sebab sakit tetapi meraung sebab dia tahu walaupun ibunya memaafkannya tetapi hati ibunya masih terluka dengan sikapnya. Ibu nya sudah tidak mahu peduli tentang dirinya. Azam melaung memanggil ibunya. Tapi ibunya langsung tidak berpaling kepadanya. Azam merasa amat menyesal dengan sikapnya selama ini. Dia kehilangan kaki kanannya dan kini dia kehilangan kasih sayang ibunya sendiri. Bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Hidup di dunia menjadi hina.

Junaida Faisal

Throwback tahun 1984 aku masuk darjah 1. Masa tu lah kali pertama aku kenal Junaida Faisal @ Ida. Kahaq dan cenge. Aku selalu kena cubit dengan dia. Garang. Sungguh masa tu aku menyampah dan benci dengan figura yang bernama Junaida Faisal. Dan saat aku menulis bercerita pasal Junaida Faisal ni perasaan marah masih bersarang bila memori aku berlari balik ke tahun 1984. 32 tahun sudah berlalu. 
Apa yang menarik tentang empunya nama Junaida Faisal ni. Let's me tell you.Asal usul keluarga sebenar dia samar-samar. Bapa dia nama Faisal dan dia beritahu mak dia berketurunan Cina dan nama yang dia sebut pun nama cina. Sebelum ni nama mak dia elok jer melayu. Dia announce nama mak dia cina masa kami dalam darjah 4. Aku rasa time tu dia dah tengok sijil lahir dia kot. Memang rupa Ida ada chinese look sikit.  Dan dia beritahu juga dia ada seorang adik lelaki. Mak dia tinggal di Penang.  Walhal dari darjah 1-3 kami tau yang dia anak tunggal. Ida (kami panggil dia dengan nama Ida) adalah seorang budak yang cerdik. Walaupun hidup serba kekurangan tapi otak nya tajam. Sebenarnya Ida tinggal dengan parents angkat dia. Dia lebih banyak hidup dengan Tok angkat dia. Sama sekasut dengan aku. Tapi bila di bandingkan aku rasa nasib aku jauh lebih baik dari Ida. Aku pernah ke rumah yang Ida dan Tok dia huni. Persekitaran yang bersih. Dia bercakap tertib dengan Tok dia. Nampak dia sayang dengan Tok dia. Kalau ingatan aku tak weng, masa Tok dia tak sihat, Ida yang akan masak nasi. Aku tak nampak bayang muka mak dan ayah angkat dia. Tetapi aku pernah tengok la rupa mak angkat Ida. Garang!!!. Ayah angkat dia agak lembut air muka nya dan kadang-kadang dia hantar Ida ke sekolah naik gerek tua. Ida bonceng di belakang. 
Kadang-kadang Ida ke sekolah tak bawa duit belanja. Ada kawan kami Che Not yang kadang-kadang belanja dia makan. Ida sayang Che Not sebab Che Not layan dia dengan baik. Kadang-kadang Ida bawa bekal nasi goreng ke sekolah. Nasi yang di goreng dengan garam. Dah cukup sedap untuk Ida. 
Bila kehidupan kita seperti dia jadi kita akan faham jerih payah dan perasaan yang dia pendam. Mengapa dia mengambil sesuatu tindakan macam tu. Orang kita hanya tahu menghukum tanpa mahu mengambil tahu sebab musabab kenapa itu tindakan dia. 
Ida pernah bercerita dengan aku, mak dia (angkat) garang, suka marah dan pukul dia. Pantang silap sikit pasti dia kena belasah. Sambil menangis dia bercerita mak dia hentak kepala dia dengan pinggan. Ayah angkat dia cuma menegur "kenapa buat macam tu" . Itu saja. Agaknya ayah angkat dia pun takut kepala di hentak dengan pinggan. Kadang-kadang Ida ke sekolah dengan mata yang bengkak sebab menangis. Ada kesan lebam. Ida ada buat kes. Sebahagian yang berada dekat dengan tempat tinggal Ida benci sangat kat dia. Aku kerumah Ida dan dia ajak aku kerumah jiran dia. Tiba-tiba jiran dia sound Ida suruh Ida balik sebab nanti abang dia marah. Kesian aku dengan Ida. Bodoh sangat jiran Ida tu. Masa zaman sekolah sampai ke sekolah menengah bila aku nampak jiran bodoh Ida tu aku rasa meluat. 
Lumrah lah bila susah, pakai baju buruk, buat kes pula mesti orang akan kecam, benci, meluat dan pandang hina. Sedangkan di setiap perbuatan ada sebabnya. Bila usia aku dah banyak ni baru aku sedar yang dia buat macam tu sebab tak ada sapa nak sayang dia. Mak ayah kandung dia "buang" dia. Bagi orang lain untuk jaga dia. Orang lain yang diharap untuk bagi kasih sayang, sayang dia sepenuh hati. Tapi semua tu meleset. Dia di dera sebenarnya. Tapi dalam keadaan macam tu, Ida super genius. Dia pandai. Keadaan keliling tidak merencatkan otaknya untuk menerima segala yang diajar di sekolah. 
Kemudian, kalau tak salah aku masa kami darjah 4, Ida berbaik dengan makcik kantin sekolah. Ida kadang-kadang bermalam dirumah makcik kantin. Aku rasa makcik kantin faham dan tahu keadaan nasib Ida. Masa tu Ida nampak happy. Agak terurus hidup dia. Masa tu juga jarang dia bercerita pasal mak dia yang suka marah dia. Masa tu Ida macam dah temui kebahagiaan dia sendiri. Ceria dan tak bersedih. 
Kami meneruskan persekolahan seperti biasa. Hinggalah pada suatu hari Ida di panggil ke bilik guru besar. Hampir penghujung tahun pada masa tu. Kemudian Ida membawa berita kepada kami yang dia akan pindah sekolah pada tahun hadapan. Kami terkejut. Dia beritahu kami lagi yang dia akan ditempatkan di asrama anak-anak yatim Rumah Budi , Yan. Ini mungkin sebab kes yang Ida buat. Pihak sekolah mungkin rasa di sana kehidupan Ida akan lebih terjamin. 
Masuk tahun baru, Ida dah berada disekolah baru. Setelah sekian lama, Ida mengirim surat pada Che Not. Bercerita tentang keadaan dia dan disertakan alamat dia. Aku turut menulis surat pada Ida. Dalam surat tu aku minta maaf pada dia. Ya lah kadang-kadang aku pun tersasar marah dia. Kata pada dia. Dia membalas surat aku. Aku ingat ayat dalam surat dia " saya pun maafkan kamu". Pause. Aku dah tak berbalas surat dengan Ida. Ida mungkin masih mengirim surat pada Che Not. Che Not untung sebab ayah dia posmen jadi bab nak pos surat tak dak masalah. 
Berada disekolah baru, otak Ida tetap tajam. UPSR, Ida mendapat 5A. Aku ingat lagi kata mak kawan aku Nisak yang sekampung dengan Ida. Ida budak cerdik, bila ada yang jaga dan duduk tempat elok, hati pun senang. Mudah bagi dia untuk belajar. Masa dok disini dulu tak dak sapa nak jaga dan kisah pasal dia. Tu macam-macam yang jadi.
Terserempak dengan Ida sekali. Kami satu bas nak balik kerumah. Ida makin sihat walafiat. Malu-malu dia bila aku tegur dia. Dia nak balik kerumah dia. Nak jumpa mak-ayah angkat dia atau pun ziarah Tok dia. 
Selepas tu sunyi kisah pasal Ida. Ada perkhabaran sampai ke telinga aku, keputusan SPM, Ida baik tapi dia gagal score subjek BM. Aku tak pasti perkhabaran tu 100% genuine atau sebaliknya. Kali tu lah kali terakhir aku mendengar khabar tentang figura yang bernama Junaida Faisal. Entah ke mana empunya diri berada sekarang. Aku google, search FB pun tak jumpa. 
Walau di mana dia berada harapnya dia berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia. 

Aku tulis aku type berdasarkan ingatan aku pada dia. Mungkin ada fakta yang tidak tepat. Wallahhualam.Aku berdoa agar satu hari aku dapat bertemu dengan Junaida Faisal. 
Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers