Thursday, 23 May 2013

RM 29 cuma

Eh semakin selesa pulak dengan wedges sach ni. Walaupun agak tinggi tapi kaki selesa pakai. Berkenan sebab tali yang color macam mashmellow itu. Dan yang paling utama harganya lagi seringgit nak masuk RM30. Dah jadi tabiat...masa nak keluar membeli mesti set nak beli kasut di bawah RM 30 tapi harus lawa. Kalau tak ada tak beli pun tak pa. Dan lagi kalau berkenan sesangat dengan jenis kasut tu tapi harga tu melebihi budget sanggup I tunggu sampai ada sales. Biarlah orang kata walaupun dah lepas musim kan??. Sesungguhnya saya adalah pencinta kasut. Suka sangat mengumpul kasut. En.Atan dah berbunyi..."kasut banyak-banyak ni nak buat apa"...ehh nak buat apa..nak pakai lah. Minggu ni pakai kasut ni, minggu depan pakai kasut nu. Haaa kan best tu. Nak membeli kita kena ukur duit dalam purse kita lah. Jangan terlajak berbelanja. Mana yang rasa tak perlu jangan beli. Tapi bab beli buku saya tak boleh nak control nafsu haha. 
Terimbau zaman kanak-kanak. Zaman kanak-kanak saya yang tidak macam orang lain. (Sobss ada orang lain yang lagi susah dari saya...betul). Nak merasa baju baru cuma bila tiba hari raya saja. Itu pun baju raya beli di pekan hari. Pekan Isnin a.k.a senanyan. Bila tiba hari tu pergghh syok sungguh sebab dah tau akan dapat baju baru. Dan tak kisah walau dibeli di pekan hari saja. Waktu tu tidak ada pilihan dan tidak boleh memilih. Apa yang diberi terima saja dengan tangan yang terbuka. Inilah sebenarnya yang mengentalkan semangat saya. Banyak liku-liku yang sudah saya tempuhi. Alhamdulillah.

p/s: teringat kenangan masa 6 bulan berada dikg dengan anak-anak. Pernah kami minum air asam jawa dengan gula merah. Rasa seperti air malta.Mujur anak-anak tak dak yang sakit perut. Allah..Allah...sebak nya hati bila mengingatkan pengalaman tu. 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers