17/8/13 kami balik kampung lagi. Balik pasal kes jual tanah En.Atan. Jual tak banyak mana pun RM15K saja. Jual kepada sepupu dia jugak. I tak ambik tau pun pasal bab tu tapi kalau En.Atan hulur I sambut ja hahaha. Kalau yang jadi friend i dalam FB ada i post pasal kes RM15K tu. Tapi i remove sebab nak jadi kontroversi haha. Bila masuk bab duit baru kita nampak true color sesorang tu kan? Kalau tidak kita tak nampak. Apa pun semuanya dah diselesaikan cara baik. Alhamdulillah. Yang i risau selama ni takut hubungan adik beradik akan renggang. Harap2 tidak.
Itulah wasiat adalah penting kepada kita semua kan. Arwah FIL dah berkali beramanat bahawa tanah tu diserahkan kepada En.Atan. Tapi tak buat wasiat secara properly. Walau sekangkang kera jantan jer luas tanah tu tetap ada "argument". Hari ahad ni I nak ajak En.Atan ke KWSP...update balik penama KWSP untuk anak-anak kami. Jadi macam ni i risau betul. In case jadi apa2 pada both of us atau salah seorang pada kami..In Sha Allah tabungan dlm KWSP tu cukup sementara untuk anak-anak. I tak nak nanti ada sebarang perebutan. Manusia rambut sama hitam ada juga yang berkala-kala tapi hati tak sama. Semak kat SINI pasal penting nya wasiat sebab ramai diantara kita yang tak ambik kisah pasal ni.
Ni makan kat Nasi Ayam Tat lepas membeli cadar pengantin untuk anak sedara En.Atan yang bakal berkahwin pada 15/9/13 nanti. Beli kat Jakel jer pun.
Nak kata lazat tu idak ler juga tapi boleh ler... :)
No comments:
Post a Comment