Sebentar tadi I pergi bank. Bank in kan cheque yang dibayar oleh tenant. Sebaik kaki melangkah masuk ke bank hati i berdebar-debar. Kepala ni rewind balik kes pegawai bank Ambank yang ditembak mati dengan kejam. Kebetulan ada pengawal keselamatan di pintu masuk bank dan ada pump gun di bahu dia. Lagi I rasa takut.Kebetulan sebelum I pergi bank, I sempat berborak dalam phone dengan our future tenant. Dan dia bagi tau yang dia kenal dengan arwah Norazita Abu Talib. Sebab arwah adalah bank officer yang menjaga account syarikat dia orang. Arwah memang baik semasa hayatnya, sebab Pak Wan (our future tenant) pun puji arwah adalah orang yang baik. Dan Pak Wan memang marah tadi, dia kata kenapa sampai nak berbunuh macam tu, kau nak duit tu kau ambik jer. Kau tunjuk senapang tu pun dia orang akan elak dan buka pintu kebal tu untuk bagi kau bawa lari duit. Kaut la banyak mana kau nak kaut tapi yang sampai buta perut pi tembak orang tak bersalah tu kenapa.
Kita boleh kata ajalnya sampai dalam bentuk begitu, tapi dari segi logiknya benda macam ni tak sepatutnya terjadi. Alfatihah untuk arwah.
Berturut-turut kisah bunuh saja minggu ni. Kalau dapat ketuk kepala menteri yang dengan megah mendabik dada kata Malaysia ni masih aman kan best. Kita dah tak boleh nak dabik dada kita ni aman. Banyak kejadian yang berlaku diluar jangkaan kita. Hati sentiasa takut bila berada diluar kawasan rumah. Dalam rumah pun takut. I kalau nak ambik duit kat ATM, kalau sorang2 lepas tu ada orang lain kat belakang adoii memang I seram. Kepala mula terbayang benda yang bukan-bukan.
Maka gelora hati nak balik dok mainland kita buang jauh-jauh la sebab dok kat pulau ni masih terkawal lagi keadaannya.
1 comment:
Al-fatihah tuk Arwah..
Nak amik duit, amik jer lah kan. Ni main tembak jer. Geram betul.
serious kak, semakin menjadi2 skrg ni. kita nak kuar selangkah dari rumah pun dah takut skrg. nyawa mcm takde harga jer skrg ni..
akak dah mcm Lyn, klu kat ATM ada org kat belakang, sure seriau tak hingat. Semoga Allah jauhkan kita dari benda2 ni. Amin
Post a Comment