Hari jumaat 1/11/2013, Kita bawa anak-anak ke supermarket sebab nak beli barang dapur. Memang dah tradisi apa kena mengena dengan tradisi pun entah. Tapi dah kita tak dak pembantu maka kena la bawa kan.
Ok dulu Che Nah memang nak dok dalam troli,jadi tak berapa nak hectic la sangat. Kontrol Muaz dan Bang Teh saja. Tapi bila dia dah cerdik sikit dia dah tak nak dok dalam troli dia pula nak sorong troli. Hectic ok.
Kita selalu beli barang dapur di Billion saja, sebab situ tak der la bertingkek-tingkek jadi pi mai budak-budak tu kesitu saja. Kalau pergi situ Muaz dan Bang Teh akan tertumpu pada mesin yang tikam tikam tu. Alahai yang kena boh duit 5 kupang tu kemudia pulas-pulas keluar la mainan. Tak risau sangat dah.
Tapi hari tu selesai beli barang..dah siap nak balik dah tiba-tiba Muaz tak der. Ok tak la panik sangat sebab kalau tak ada kat tempat tikam-tikam tu , Muaz akan pi kelebek mainan. Kami cari kat 2 tempat tu tapi tak ada. Kami cari kat pintu masuk depan dan belakang pun tak ada. Ok hati mula risau..Kakak dan abang saling salah menyalahi antara satu sama lain.
Kita pula bukan boleh mula la terbayang macam-macam. Ya Allah semoga Muaz tak apa-apa dan selamat.
Lepas tu tiba-tiba kita nampak Muaz lari kearah kita..sambil menangis..sampai ja kat kita terus dia peluk dan menangis. Dalam sedu sedan dia tanya kenapa kita tinggalkan dia, dia takut, dia cari kita, kita tak ada. Allah agaknya inilah yang dirasai oleh anak-anak malang yang dilarikan orang yang tidak bertanggungjawab.
Kita tanya dia, mana dia pergi, dia kata dia cari kita sampai kat luar, ada abang tu tanya dia , dia takut tu yang dia lari balik masuk ke dalam supermarket. Rupanya dia pi cari sampai kat tempat parking keretA. Tu yang kadang-kadang lepas balik kerja kita terus pi beli barang tak bawa dia orang. Tapi kadang2 kesian pula sebab asyik terperap kat rumah, maka angkut bawa sekali. Tapi dah jadi macam ni pula. Tak pa la Billion tu kecik, parking pun ciput kalau Tesco, Jusco??? Arghhh tak nak fikir nanti lagi jauh kita mencipta bayangan ngeri.
Cerita pasai owner Taska yang dera anak asuhan pula.Video tu kita tak tengok langsung sebab tak sampai hati dan kesian. Kita setakat baca komen-komen kat pesbuk saja. Kita pernah hantar anak sulung ke taska. Status ni kita ada share di pesbuk. Tapi saja ja kita tak bagi tau pengasuh tu yang hari sabtu kita half day. Tiap kali hantar anak...dia menangis kita ingat dia tak biasa lagi dengan keadaan taska tu. Tapi ada sekali kita ambik nampak la kesan air mata dia. Pejam mata jugalah. Tapi hari sabtu kita pi ambik anak alangkah sedihnya sebab anak kita comot, masih pakai baju yang sama masa kita hantar pagi tadi, pampers penuh, dok satu sudut sorang-sorang minum susu. Muka pengasuh tu memang pucat dan gelabah. Kita tak kata apa kita terus ambik anak kita tapi dalam hati kita kata hari tu adalah hari terakhir kita hantar anak kita ke situ. Bila balik rumah anak kita muntah sebab minum susu basi. Dah lapar basi pun dia minum la juga kan. Please alert wahai ibu-bapa kalau anak kita menangis tiap kali kita hantar ke rumah pengasuh atau taska..tolong lah siasat. Mesti ada yang tak kena. Tolong jangan biarkan sampai nasi jadi bubur. Dengan pengasuh pun sama juga. Waktu tu anak dah 3. Kita hantar abang sure dia menangis, meronta tak mau pi. Pernah terserempak dengan kita, lepas kita hantar 3 beradik tu kita patah balik sebab lupa nak hantar susu. Time tu kakak baru 5 bulan kalau tak salah...dia bagi duduk dalam bouncer tu lepas tu biar dia minum susu sendiri. Kalau tersedak susu macam mana. Last saya stop hantar ke rumah pengasuh tu sebab ada jiran cerita macam-macam dia buat kat anak saya. Itu orang yang kita layan macam keluarga sendiri. Tapi ini balasan yang kita dapat. Lepas saya stop hantar anak dia, alahai macam-macam cerita pula dia reka...saya tak pasti sampai ke hari ini saya nak maafkan dia atau tidak...pengasuh tu pun dah arwah. Jadi lagi sekali, tolong lah wahai ibu bapa, jangan menidakkan aduan anak-anak. Saya sering berpesan pada kawan-kawan saya kalau anak menangis time nak hantar kerumah pengasuh mesti ada yang tak kena. Berhati-hati dan siasatlah.
Sekarang saya ada Mak Tom. Mak Tom pengasuh saya yang terbaik. Anak-anak saya tak pernah menangis atau culas bila nak dihantar ke rumah maktom. Terima Kasih ya Allah sebab temukan saya dengan Mak Tom. Saya sayangkan MakTom walaupun saya tak pernah bagi tau dia hahaha. Mak Tom tak pilih kasih, layanan dia pada anak-anak asuhan dia sama saja. Dia bahasakan diri dia "Mak" tapi anak-anak panggil dia Mak Tom dan suami dia Ayah Mat. Ini semua Bang Teh la...dia la yang panggil Mak Tom dan Ayah Mat habis semua yang lain follow..... :)
No comments:
Post a Comment