Wednesday, 4 December 2013

Keadaan saya

Ketika ini. 
Di office. Tetap datang kerja walaupun tak sihat. Kerana saya masih mampu buat kerja lagi. Badan terasa lemah dan rasa macam nak demam. Dah makan painkiller yang kuat sekali dosnya. Saya makan Voren tapi lambat kesannya. So Pak Atan beli Celebrex. Dah 2 malam saya tak makan malam. Sebabnya, bila masuk petang saja telinga saya akan sakit dan badan saya rasa macam nak demam. Sampai rumah saja saya akan terus baring tak mampu nak melawan rasa sakit tu. 
Saya ada dapatkan pandangan pihak ke dua. Katanya ini adalah perbuatan sihir. Saya ke klinik baru-baru ni tapi bila dikelebek dalam telinga saya tak ada sebarang luka, nanah dsbnya. Tapi Doktor ada buat reference letter untuk saya jumpa pakar ENT. Kalau ini betul perbuatan sihir, saya tidak tahu kenapa saya dipilih untuk diperlakukan macam ni. Seingat saya, saya tak pernah cari pasal dengan orang lain, tak pernah kacau orang. Cuma mungkin mulut saya kadang-kadang tak ada filter. Saya akan terus cakap apa yang saya rasa saya perlu nak cakap. Tapi seingat saya nak marah staff pun saya pilih ayat yang sesuai. 
Mak mertua saya nak mai rumah pun saya tak bagi. Kesian dia. Bukan apa sebab saya tak sihat jadi saya takut saya tak dapat nak layan dia . Dengan anak-anak lagi. Jadi saya suruh dia tunggu sampai saya sihat dulu kemudian saya akan balik ambik dia. 

Ini semua dugaan....

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers