Sesungguhnya tak tau nak letak tajuk untuk entry kali ni,
Sesungguhnya juga kenapa malas nak update blog? Selalu idea ada bila tengah memandu kereta dan melayan che nah menyembang.
Ok mari kita bercerita. Berkisar pada kisah my family sajalah. Hari Isnin 5/5/2014 En Atan menghadiri temuduga di hotel Sungai Petani saja. Semua berjalan dengan lancar. Kalau dapat kerja tu bermakna kami akan balik tinggal di Sungai Petani -SP. Bermakna juga gaji En Atan akan kurang. Ermmm. Bab gaji akan kurang kami positif saja sebab ada plan lain nak buat selepas tu. Dah lama ajak En Atan balik dok SP tapi dia cuma angguk2 saja. Rupanya dia lagi plan baik punya. Masa kami bercuti ke Penang baru2 ni rupanya diam2 dia ada interview. Ishh terkena kami. Sampai akhirnya hati dia terbuka untuk balik sana. Bila tanya alasan dia "Rasa macam syok ja dok belah sana. Nampak luas ja bila kat sana" Hahaha itu alasan dia. Jadi marilah kita mencari rumah yang sesuai. Dan pada hari sabtu ni I pula ada interview juga di Sungai Petani. Semoga urusan kami dipermudahkan.
No comments:
Post a Comment