Monday, 16 June 2014

Dari kiasan kata-kata itu

Mungkin ada yang faham dan mungkin ada yang tidak faham setiap kiasan yang i coret dalam FB. Lumrah hidup. Harus ada ujian setiap minit dan saat. Contoh bila time gaji selepas di tolak itu di tolak ini wahh ada lagi balance yang membolehkan kita dapat membeli sebiji handbag SEMBONIA (ok hak tu ja yang mampu ok) tetiba kereta pula rosak. Pilihan terpaksa di buat samada membeli handbag yang sekian lama menjadi igauan atau membaiki kereta yang lagi penting untuk kegunaan mengangkut anak- anak kesekolah dan diri sendiri ke tempat kerja. Ok i pun tak tahu sama ada contoh ni relevan atau tidak dengan tajuk entry diatas?

Tahun 2014 adalah tahun yang amat mencabar bagi I. Dari segi mental, keluarga, anak-anak, dsbnya. Satu-satu rahsia terbongkar sampai I rasa I tak mampu nak hadam. Tapi i paksa tekak i menelan juga. Jujur kalau screen pc ni disambung ke otak i harus nampak apa yang berselirat. I tak paham bila pihak yang sah2 bersalah boleh bertindak seperti biasa seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. I tak suka mengganggu kehidupan orang lain dan I juga tak suka orang mengganggu kehidupan I. Sebab tu dunia I sekarang cuma ditempat kerja, balik rumah berhibernasi dalam rumah. Orang hairan kenapa I boleh berkurung dalam rumah. Macam mana I nak keluar bersosial dengan jiran tetangga sebab i tak kenal siapa dia orang. Tersilap cakap salah bercerita nanti jadi telenovela.I dah pernah kena so serik sangat. Privacy is my priority. 

Ok lah cukup pasai kes ujian, traitor ni semua. I diam bukan sebab i dah lupa tapi I malas nak bertekak malas nak fikir. Tunggu dan lihat apa yang akan jadi. Tunggu dan lihat juga apa lagi yang akan terbongkar. 

Masa zaman muda remaja, muda belia hidup cuma fikir pasal keseronokkan sahaja. Part paling seronok bila kesekolah. Lebih lagi bila kita jadi senior, form 5 katakan. Wahh terasa jadi akak kawasan ja hahahah. Ada kawan yang sekepala dan segila. Boleh share apa saja. Lepas tu jadi pemerhati PBB pada kawan-kawan yang glamour. Yang tak glamour macam aku nih dok nganga ja la.  Aku paling lemah bab matematik. Bila time matematik saheh lena walhal dok meja paling depan tu. Agaknya cikgu math tu pun dah fedup maka dia biarkan saja aku buat taik mata. Ya aku fail matematik dalam SPM. Satu-satunya subjek yang aku fail dalam SPM. Ishhh bertabahlah. Bila habis saja peperiksaan SPM, bermakna berpisahlah dengan kawan-kawan. Ya zaman sekolah adalah zaman yang paling best. Kemudian aku sambung study form 6. 1 1/2 tahun di form 6. Enjoy lagi. Ya masa di form 6 aku tak study aku main-main saja. Sungguh masa exam STPM aku tak buat persediaan langsung. Aku masuk dewan peperiksaan dengan otak kosong. Apa yang aku jawab aku sendiri tidak tahu. Time tu macam-macam jadi dalam hidup aku. Ya ujian lagi. Dengan arwah Tok aku yang ada azheimer (woii betul ka spelling ni?). Suka keluar rumah tengah-tengah malam. Dia dah tak dapat nak beza siang dan malam. 1996-1997 adalah tahun kesedihan. Masih aku pendam sorang-sorang sampai ke hari ni. Bab2 sedih aku tidak suka berkongsi sebab mana ada orang yang faham apa yang kita rasa.
Ya seperti dijangka aku gagal mendapat keputusan yang baik dalam STPM. Aku redha dengan keputusan tu sebab aku tahu aku langsung tidak berusaha seperti mana SPM. Tapi aku ada apply untuk masuk ITM ( la ni dah tukaq ke UITM) .Aku dipanggil temuduga di ITM Shah Alam. Ya gigih aku menghadirkan diri di ITM Shah Alam tapi bila dah sampai aku tak masuk pun ke bilik interview. Sebab aku fikir sapa yang nak sara aku belajar? Aku bukan ada sapa2. Tok aku sudah meninggal. Aku terkontang -kanting. Time tu memang ada boyfriend yang dah kerja. Silap aku tak ajak dia kahwin boleh juga dia support aku belajar kan?? Hahahaha desperate. 
Stop lah sebab tetiba otak blurr hahahaha. Kalau rajin sambung erk. 

Gambar masa form 5 1994. Sumpah aku rindu semua yang ada dalam gambar ni. Kalau boleh di putarkan balik masa tu alangkah bermaknanya...

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers