Kak Rahimah dan suami. Dah kurus sekarang..sakit agaknya.
Abang Mubin tukang buat rumah selain Arwah Tok Lang Mat. Nampak uzur
Dari kiri Mat Chin, Lah Grong, Pak Cik Daud, menantu arwah Tok Puan & Pak Teh Mat.
Tempat jatuh kepala lutut luka lagi dok ingat bila nampak parut inikan pula tempat membesar, menghabiskan zaman remaja, tempat buat onar. Ya deep deep dalam hati rindu sangat kampung halamanku. Rindu sangat dengan warga-warganya. Warga yang masa kutinggalkan kampung semuanya masih sihat, segar bugar tapi sekarang sudah dimamah usia. Ada yang telah pergi tak kembali , ada yang hanya menunggu masa untuk dipanggil pulang. Generasi baru yang mendiami kampung sudah tidak ku kenali. Kalau sebut anak sipolan itu si polan ini mungkin minda boleh mengingat kembali. Rakan sebaya ramai yang meninggalkan kampung kerana tuntutan tugas demi sesuap nasi. Kampung hanya meriah pada musim aidilfitri rasanya, kerana tika itu anak-anak desa pulang ke kampung halaman. Ini adalah tradisi kan hari raya sambutan harus dikampung baru terasa nikmat hari raya.
Rindu yang tidak dapat diceritakan di gambarkan. Pada yang telah pergi hanya doa yang dapat dihadiahkan. Pada yang masih ada moga kita dapat bersua juga nanti, InshaAllah. Kerana rindu yang sarat dapat tengok kampung dalam google street view pun jadilah. Dapat juga tengok tapak rumah lama. Jadilah. Dapat juga tengok rumah2 jiran tetangga, rakan taulan. :).
Kampung pun sudah banyak berubah. Bukit Meriam yang dulu kehijauan la ni dah kena tarah sampai botak. Rumah-rumah baru pun dah banyak sampai tertanya ni rumah sapa pulak. Pokok sawa depan rumah arwah Pak Wan pun dah kena tebang. Dulu nak tangkap pepatung , cari lidi penyapu, colek sikit sarang labah-labah lepas tu ambik getah saya...cet kat sayap pepatung dapat lah. Berjasa pokok sawa arwah Pak Wan tu. Arwah Pak Wan dah meninggal dalam kemalangan dekat dengan rumah dia juga. Pak Wan is garang but baik hati. Alfatihah untuk Pak Wan.
Rumah arwah Tok Hassan pun dah runtuh tinggai tapak. Yang ada hanya sisa tangga batu ja. Bila yang menjadi ibu rumah dah tak dak, anak-anak pula dah ada kehidupan sendiri maka rumah pusaka terbiar reput, usang di mamah anai-anai. Sayang sebab sudah tentu rumah pusaka menyimpan banyak rahsia dan kenangan. Tapi apa boleh buat sebab kampung hanya dijadikan tempat menghabiskan usia pencen :)). Selalu bersembang dengan Pak Atan, tak perlu kita ada rumah besar alam, kerana lumrah alam, anak-anak akan keluar dari rumah mencari dan membina kehidupan mereka sendiri.Rumah sebesar stadium tapi akhirnya hanya tinggal 2 penghuni kemudian 1 kemudian tak dak penghuni nak buat apa.
Tapak rumah saya pun dah tinggal dinding batu sikit ja. Tiba-tiba rasa nak balik buat rumah di sana. Ehh rumah rehat. Boleh la time raya balik raya disana dan tunjuk tradisi beratur collect duit raya lepas solat raya. Anak-anak tak berpeluang lagi rasa macam tu. Tapi bila??
Sebenarnya saya rindu pada Kampung Bukit Meriam dan warganya yang pernah menghiasi hidup saya dulu....:(
No comments:
Post a Comment