Saturday, 1 November 2014

Apa yang dicari

Diam-diam aku menangis. Bukan kerana sedih atau kerana ditinggal suami yang jauh dimata kerana mencari rezeki. Tapi aku menangis kerana aku letih. Mengurus 6 orang anak sendirian bukan benda yang mudah. Letih. Aku menangis dan stress kerana aku letih. Jangan kaitkan dengan jihad, pengorbanan dosa dan pahala. Tapi ini berkaitan dengan emosi. Bila kau kena buat semua kerja yang sepatutnya sudah dibahagi 2 apa kau rasa? 

Tanya pada diri sendiri apa yang dicari dalam hidup ini. Aku masih goyang nak buat keputusan nak ikut suami berhijrah. Allah yang tau apa yang tersirat dalam hati. Normal aku berperasaan sedemikian kerana aku cuma insan biasa. Bila aku hayati dan aku renung, apabila usia akan menginjak ke tangga 40, aku sudah tidak hadap apa2 lagi. Cukup dapat melihat anak2 membesar jadi insan yang berguna dunia dan akhirat. Baik aku akan jadi seorang pendidik selepas ini. Mendidik anak dari rumah. Karier baru. Fulltime, Kalau sebelum ini tugas sebagai pendidik sekadar partime sekarang tidak lagi. Pohon supaya rezeki dimurahkan agar cukup makan pakai kami anak beranak, dapat bayar hutang dan selebihnya dapat bersedekah. InshaAllah amin ya rabbal alamin. 

Pause. Yang lagi utama harus aku berada disisi suami. Kerana disitu tempat aku. Dan takkan aku bnak berpaling jauh dari orang yang sudah kembali ke pangkal jalan, yang kembali taat padaNYA? 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers