Monday, 25 May 2015

Piuuuuu

Sel-sel otak dah tak berhubung
Totally aku lupa langsung password email yahoo aku. Dah 2 bulan lebih dah aku tak dapat nak ingat dan recall. Silap aku sebab aku tak tulis dalam mana-mana buku. La ni ambik dah lupa.

Minggu ni minggu peperiksaan untuk mid term. Si abang baru saja lepas periksa. Tawakkal dan terima sajalah apa juga keputusan. Sebab bukan dia ulangkaji pun asyik merapu saja. Dah tak tau nak kata apa dah. Susah budak zaman la..buat baik sangat dia lenyek kepala kita, kalau garang terlampau dia protes. Habis macam mana?? Kalau tak pikiaq masa depan sendiqi tak tau lah. Aku pun tak beban pak aku, lepas sekolah cari qeja, menikah pun pak aku tak bawa keluaq duit. Dapat sambung mengaji pun sekerat jalan sebab tak dak sapa nak tanggung. 

Periksa ni tak risau sangat kat kakak dan bg chik. Sebab depa tu boleh la juga jawab. Ni abang teh  yang darjah 2 ni tak tau la nak kata. Dia dok dalam dunia dia sendiri. Yang dia tau main dan main dan main dan main. Tapi dia dah boleh baca syukur Alhamdulillah. Siang dia penuh dengan aktiviti malam pukul 8.00 dia dah quyup tidoq. Letih. Tak pa la ada lah rezeki dia tu kan..yang penting kita jangan give up. 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers