Friday, 20 November 2015

Ne no ne noo UPSR dan anak-anak

Sejak 16/11/2015 cerita yang hot adalah pasal result UPSR. Akan berlanjutan kisah ni dalam masa 2 minggu lagi.  
Kami tak pulun sangat kisah result UPSR tu sebab tak target pun Faez akan score 5A. Kerana kita tahu tahap kemampuan nak kita setakat mana. Jangan kasi anak-anak stress.  Kami cuma berdoa agar dia lulus. Ya lah sebab dia agak lemah sujek ilmu hisab tu. 
Ok minggu yang orang sibuk menghitung hari result UPSR akan diumumkan, kami sibuk berdebar dengan keputusan perlawanan bola anak-anak haha yang berlangsung dari 13-14/11/2015. Ya lah bangga tak sangga sebab anak terpilih wakil negeri ke peringkat kebangsaan dan naib johan peringkat kebangsaan.  Sebagai mak mestilah bangga dan bersyukur ya amat dengan kurniaan ni. Dan anak aku lagi bangga la hahahaha. 


Saat menerima hadiah kemenangan. Tahniah anak-anak SKPM dengan kemenangan ni. 




Jejak kaki ke Langkawi pada petang 16/11/2015. Malam tu bergegas ke sekolah sebab ada acara Anugerah Cemerlang Kokurikulum.  Faez menerima anugerah sebab mewakili sekolah , daerah dan kebangsaan. Dan sudah tentu wira yang paling di rai adalah wira yang mengharumkan nama sekolah dan negeri. Tahniah. 
As a typical mother, of course la aku sebak tapi masih mampu menahan air mata mengalir. Credit to myself.  Rasa macam susah payah berbaloi. Sering dalam doa aku kata "jika ini adalah permulaan yang baik untuk perjalanan hidup dia, semoga KAU berkati dan beri kejayaan padanya"


Hari keputusan UPSR diumumkan kami lewat ke sekolah. Aku memang ambik cuti pada hari tu. Kami lewat ke sekolah. Saja la bagi orang lain ambik result dulu. Sebaik sampai ke sekolah result Faez dah ada dgn guru kelas. Kami ke bilik guru lah. Cikgu kelas muka ceria bila nampak Faez .Slip keputusan dihulurkan dan mak dia yang pantas menyambar. Dialog lebih kurang macam ni

MAK: 2A 3C , Alhamdulillah lulus. Tahniah. Ibu memang risau takut kau fail matematik bang chik, Ni kau dah lulus semua subjek alhamdulillah.
CIKGU : Saya pun lega sebab dia lulus. Risau saya sebab dia banyak terlibat pada aktiviti KK
MAK: Terima kasih cikgu sebab didik anak saya, saya mohon cikgu halal kan segala ilmu yang cikgu ajar pada anak saya. Terima kasih (sambil salam dengan cikgu dan sebak)

CIKGU: Saya pun sama , terlebih kurang saya minta halalkan yer.

Satu soalan. Bukan nak tunjuk lagak atau bagus sangat. Berapa ramai ibu bapa yang mohon dihalalkan segala ilmu yang diberi oleh cikgu kepada anak?

Waktu ni abah nya dok ditepi dan asyik belek result anak.Faez hanya menyaksikan kelaku mak dan cikgu dia sebelum beredar cari kawan-kawan tanya khabar apa keputusan mereka.

Gambar diatas adalah gambar Faez dan kawan-kawan dia dari sekolah lama dia SKK. Tahun 6 kami pindahkan dia ke SKPM yang dekat dengan rumah kami.  Kebetulan selepas ambik result UPSR dan kami ke SMTP untuk sahkan kemasukkan ke tingkatan 1, kami ke SKK untuk batalkan daftar darjah 1 Muad'z. Dapatlah Faez jumpa kawan-kawan lama dia. Dan Faez masih mewakili SKK untuk perlawanan bola sepak liga Langkawi. 
Bila di tanya apa keputusan UPSR dia orang, ada yang jawab 2A, 1A dengan ceria. CERIA tak ada rasa sedih dan pilu. 

Balik kepada semasa kami nak ambik result UPSR Faez, kami lalu dekat sekumpulan pelajar perempuan. Ada cikgu yang sedang bagi nasihat bila salah sorang bagi tau ada D dalam result dia. Dialog lebih kurang macam ni

CIKGU: Tak pa aih ada D pun, masuk sekolah menengah nanti pulun la belajar bagi dapat elok. 

Jadi tegasnya disini, kenapa ibu bapa yang nak muram durja bila anak tak score 5A? Ada D, E dalam result anak? Patut yang lebih bersedih adalah anak-anak tu sendiri. Adakah ibu bapa sedih sebab masa melepak di kedai kopi atau berborak dalam group whatsap tak dapat tayang flying color result anak? Ayat karangan aku mungkin tak seindah mana jadi mungkin tak melekat dalam hati. Well said, ini pandangan aku. Tolonglah perjalanan anak-anak masih jauh. Ada banyak lagi peperiksaan yang akan ditempuhi. Sepupu aku sendiri aku rasa tak score 5A dalam UPSR pun, la ni sat di Dubai, sat di Iran. Dok kat rumah adalah 2/3 hari.  Sepatutnya bagi galakan untuk anak-anak terus berusaha bukan menjahanam dengan up status frust anak tak score straight A. 


Budak ni lagi dahsyat. Masuk darjah 1 dengan zero. Apa pun tak boleh walaupun 2 tahun di tadika. Masuk darjah 2 baru boleh membaca. Dok kelas akhir sekali. Kau rasa??? Exam akhir tahun dapat no 12/37 . Result fail. Kau rasa? Aku tak meroyan marah kan dia. Aku tahu kemampuan dia setakat mana. Tahun depan dah darjah 3. InshaAllah, aku cuba apa yang patut lah untuk atasi masalah dia. 

Anak dara ni tahun depan akan menduduki UPSR. Dengar kata start tahun depan jadi 6A. Tak berapa nak bimbang dengan dia sangat sebab dia boleh catch up pelajaran dia. Ingat lagi masuk darjah 1 di SKK mulanya dia dok kelas 1. Dia sebenarnya tak habis pun mengaji di Tadika sebab kami berpindah randah time tu. Jadi bila masuk darjah 1 dia memang ketinggalan dari kawan-kawan yang ke tadika. Satu hari cikgu panggil aku dan bagi tau yang dia akan dimasukkan kedalam kelas no 2 sebab dia slow. Ok aku kata tak kisah. Ya anak kita skow kan. Cuma saat tu terdetik dalam hati aku yang anak aku akan buktikan yang dia akan masuk ke kelas no 1 balik satu hari nanti. Ok sepanjang tahun 1 umpama anak aku repeat di tadika. Dia bermula jauh dari bawah. Keputusan exam akhir tahun masa tahun 1 dia cukup makan. It's ok.  Bila berada di tahun 2 dan 3 dia mula menunjuk taring dia. Dia berada di Top 3. Dan masuk tahun 4 dia di pindahkan ke kelas no 1. Nah aku tersenyum lebar , budak slow dan jadi budak pantas.  Bila pindah sekolah ke SKPM dia di masukkan ke kelas no 3. Jadi dia resah sebab kena duduk dalam kelas tu sebab segalanya lambat bagi dia. Jenuh pula aku nak pujuk dia. Setiap kali exam dia score. Berada dalam Top 3 juga. Result exam akhir tahun dia berjaya lompat kelas ke kelas no 1 untuk tahun depan. You know what cikgu sendiri kata student baru juga yang tunjuk taring. Dan ada anak jiran yang sebaya dengan dia yang duduk kelas no 1 kena turun ke kelas no 2. Yang selalu umpat kata anak aku cerdik. Bila dia balik bagi tau , kau tahu apa aku cakap pada dia?

MAK: Ingat lagi apa ibu kata dekat adik? (Ya dah tua dan ada 3 orang adik kat bawah pun dia tetap di panggil adik)

SARA: Adik ingat. Ibu kata jangan pandang rendah pada orang, jangan kata kat orang. Jangan peduli apa orang cakap. 

Tapi kan sebagai mak yang over protect anak dia aku rasa macam nak pi tepuk tangan kat muka budak tu. Tapi aku rasa jer dan aku tak buat pun. 

Jiran depan rumah aku pula sibuk memuji anak aku sebab lulus exam dan dapat lompat kelas. Walaupun anak aku tak pi tuisyen dan kena buat kerja rumah haha. Jiran ni anak dia sekolah lain. 

Untuk tahun depan aku kata kat dia, score 6A yang ni dulu inshaAllah UPSR nanti adik akan score 6A. Nganga dia sat apa la yang mak dia cuba sampaikan ni. Simple ja... 5A yang asas kau solat 5 kali sehari dan baca quran. Hari-hari kau score 6A. 

Tamat 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers