Andai ada 100K dalam tangan dah lama aku keluar dari kepompong dan kemelut ni. Makin lama bertahan makin hati jadi nanar. Makin terhakis rasa tulus ikhlas. Aku cukup terasa hati dengan sikap orang yang pentingkan diri sendiri, sikap orang yang tak fikir pasai orang lain. Tak endahkan pasai orang lain.
Ada betulnya bila kita pernah melalui fasa dimana rumahtangga kita retak, bergoyah kita akan sedar bahawa walaupun selepas tu kita angkat bendera putih berdamai tapi hakikatnya perasaan dalaman kita tetap bergolak. Keadaan tidak akan sama seperti dulu. Aku dah pujuk hati aku, aku dah didik hati aku agar redha dengan apa yang dah jadi. Berlapang dada dan menerima seadanya. Tapi sebenarnya auta ja semua tu. Semakin aku cuba semakin aku rasa benci dan menyampah. Semakin aku nekad untuk pergi jauh dari sini. Kerana sudah sampai masanya aku cari bahagia aku sendiri. Aku bukan pentingkan diri sendiri tapi sampai bila aku nak bertahan nak terus hidup macam ni?
No comments:
Post a Comment