Saturday, 31 October 2009

*** morning glory***

Kalau hari persekolah pagi-pagi adalah peak hour. Nak siapkan 3 orang budak yang bersekolah agak hazab di situ. Yang besar cara yang besar. Nak kena ketuk sentiasa baru la jalan. Tak tau la abang dia memang cukup rileks walaupun kadang-kadang dia dalam keadaan darurat kaedahnya.

Yang berdua lagi tu so-so la. Abang chik yang paling senang dalam semua hal. Bangun, mandi, pakai baju sekolah lepas tu lepak depan tv sementara nak tunggu Kakak bersiap. Hah Kakak cukup la payah nak bangun. Kadang-kadang geram sangat curah air jer atas dia..hahahahahha .

Settle yang bersekolah hah yang kecik berdua tu pulak. Nak tukar diapers, baju dan apa-apa yang patut. Muad'z punya pesyen time kalut tu la time dia nak "membuang" ayooooo.

Bila dah settle semua baru lah boleh melangkah keluar dengan aman untuk ke tempat kerja.

Keterangan gambar:
Abang bersiap nak kesekolah. Hari sabtu kena sekolah , ganti cuti raya tu
Saya dan Danish bersiap nak ke rumah pengasuh a.k.a Mamak
Danish dah ready atas harley davidson dia nak kerumah "Mamak"

No comments:

Blog Widget by LinkWithin