Showing posts with label LIMA 2009. Show all posts
Showing posts with label LIMA 2009. Show all posts

Monday, 14 December 2009

*** Lagi LIMA 2009..dah khatam la kot***

Citer LIMA 2009 khatam dah la kot. Letih nak post gambar tu ja. Wakakakaka.

1. Tu souvenier yang budak ber 3 tu dapat. Semua ada 3 lah. Dah 3 orang katakan.
2. Dah makan separuh baru teringat nak ambik gambar makan. Hehehehe saya makan Chicken Chop yang "nan ado" tu (dah complaint ngan En.Atan) yang ber3 tu order Nasi Goreng Thai.
3. Yang ber2 dah di hantar balik. Kami pi dengan motor ja. Ya la hari tu sesak tak sanggup nak celah bedah ngan keta weiii. Tinggal saya dengan anak dara tu ja hahahaha kami pi la kat booth jualan tu.
4. Kakak yang bergambar dgn ukiran kayu macam dinasour.

1. Lepas keluar dari MIEC Hall. Nak balik dah tapi depa sempat lagi nak posing atas buggy tu.
2. Tetiba datang sorang pakcik buat lawak dgn abang "hantarkan saya ke KL. Saya nak balik KL la" hihihihihih tersipu-sipu kejap abang.
3. Bangga menjadi anak MALAYSIA!
4. Ohh situ lah PILOT BRIEFING ROOM

Thursday, 10 December 2009

*** lagi kisahnya***


Bak kata Sumi tempek jer pic tak payah stori-mori. Ya saya tempek pic sajalah yer. Pic pun dah tak tersusun.Lepas balik dari tengok show tu kami pi makan. Lapor beb berapa jam dok dalam tu. Kakak gigih nak buang wrist band tu...
Our drinks!!
Cemuih..tunggu food yang lambat nak sampai.
Sabar menanti.
Orang berpusu-pusu nak balik. Tu nampak bangunan tu?? Itulah opis En.Atan. Kami terjah situ lah makan.

Tuesday, 8 December 2009

***LIMA 2009-part 7***















Layan gambar jer ler..adoi letih nak cerita dah. Hahahah ada lagi pic nii..tungguuuu

*** LIMA 2009-part 6***

Cerita LIMA 2009 ni entah bila nak khatam. Selagi ada gambar dalam folder maknanya tak khatam la cerita LIMA 2009 ni.
Time ni rasanya pukul 2 ++. Saya betul-betul capek sebenarnya. Ya energy ibu beranak 5 adalah tidak sama dengan energy kanak-kanak yang berumur 9, 6 & 5 thn. Si Kakak yang beria sangat nak masuk kedalam lapangan tu tengok the real jet!!!. Sebetulnya dia ingat dia boleh naik jet dan di bawa terbang hahahahahhaha. Dengan panas terik kami pun masuk ler. Ya masa nak masuk tu ada abang askar hensem yang jaga siap dengan mesin-gun lagi. Sapa yang tak der wrist band tak boleh masuk. Hello 10 hinggit jer nak masuk..tahun ni kira murah berbanding tahun-tahun sebelumnya.


Abang ambil gambar ekor jet ni dan apek mana yang tengah sengih..koser aku!!!
Pakat dok bertangga -tunggu Mejar Khairol ni nak terbang..bunyi kapal terbang ni mau terencat gegendang telinga. Tapi budak ber3 tu rileks jer.
Okeh dia selamat berlepas. Lepas tu dia buat show la tungging-terbalik kat atas nu.
Abang memang suka ambik gambar orang yang tak berkenaan.
Ini ibu dia yang ambik. Konon nak ambik gambar jet yang terbang tungging-terbalik tu tapi tak sedar diri tu rabun..maka gambar awan dania pun kira ok lah yer!!!
Ha visitor di beri peluang untuk masuk merasa dalam kapal ni. Maritim Malaysia. Anak-anak punya pasal Ibu yang kena beratur. Depa sat-sat lari pi sana, sat-sat lari pi sini.
Ha tu dia nampak cotet jer...
Tengok tangan orang pun boleh jadik bahan...
Ramai orang hari tu...

Monday, 7 December 2009

LIMA 2009-Part 5***

Kat booth Sapura. Abang dan Bg Chik mencelah kat dalam tu. Tak kuasa saya nak ikut celah. Perhati dari jauh jer depa ber2 takut hilang. Kakak tension sebab dia nak bergambar kat situ orang plak lalu-lalang kat situ.
Gambar ni Kakak yang ambil. Tengok Abg Chik sibuk dgn souvenier yg dia dapat tu.
Jangan tanya kat booth mana. Saya makin lupa. Nampak gaya nak kena bawak note book tulis satu2...(padah makan kepala ikan agaknya)
Baju polis zaman Bukit Kepong. Camera ni makin teruk khidmatnya.
Loceng. Ini kat booth navy malaysia. Nama loceng tu tak ingat tapi ada word "MALAYA" laaa.

*** LIMA 2009-part 4***

Terjah kat booth bomba. Teruja boleh naik motor bomba dan pakai helmet.
Turn abang pulak. Kakak mula-mula nak naik tapi memandangkan dia pakai skirt tak jadik la pulak.
Ni kat booth PDRM. Saya cuma ikut jer dia orang kemana. Sebab saya ala-ala tourist dan yang ber3 tu lah tourist guide.
Alamak kakak...mujoq pakai boxer kat dalam bukan spentot hahaha. Kalau En.Atan perasan sure mak hang kena nih.
Gambar favvy anak-anak. Dengan Captain Spencer Ler dari Singapore Airforce. Mesra alam gitu. Ok kat booth Singapore Airforce ni macam-macam souvenier depa bagi. Budak ber3 tu collect sakan. Tapi yang lawak kat TUDM punya booth boleh key-chain tu depa jual. yang pin lambang TUDM pun depa jual. Nak kata apo den?? Bagitau En.Atan dia kata TUDM tak cukup dana...hahahah nak kena tanya Datuk Zahid Hamidi nih.

***LIMA 2009-part 3***

Kenapalah tangan den masa snap gambar ni goyang2 atau camera tu dah buat hal??
Oh abaikan gambar ibu yang tembam itu
Masa ni abang nak snap pic kami. Dia pun dok adjust la nak bagi dapat angle yang menarik (kononnya la). Sekali lalu deligasi dari mana tah (mat saleh hokkay) dia volunteer nak ambik pic kami...tu yg ada pic kami 4 beranak. Kakak tu mengada tiba-tiba minta di dukung .
Cantikkk ooo jet kaler biru dari France kalo tak silap.
Tengok cuma nampak tangan kakak ciput jer. Abang ni di suruh ambik elok2 gambar amoi kat belakang tu jugak yang dia tala...faill gambar ni..Bang Chik belemoih sungguh laaa.

*** LIMA 2009-part 2***

Sebelum menjelajah 1 MIEC Hall yang gedabak ni. Mari bergambar dulu. Bergambar dengan model AIRBUS..dari negara mana? Wapochitau ok.
Abang yang ambil pic ni. Bersemangat dia bila saya setuju dia ambil gambar dalam MIEC Hall ni. Not bad la cara Abang ambil gambar. Ni helikopter beroperasi kat Sarawak nun untuk bawak pesakit kronik ke hospital.Sarawak kan luas dah tu berbukit-bukau.
Nama heli ni HORNBILL SKYWAYS. Tu nampak model patung yang sakit tu.
Abang yang ambil pic ni. Saya tak sempat jelajah apa jenis kapal laut ni.
Bergambar lepas dapat souvenier..suka depa.

Sebagai Ibu , saya berusaha terdaya yang mungkin untuk membahagiakan dan menggembirakan hati anak-anak saya. Bila dia orang gembira saya apa tah lagi. Sebab itu saya bersyukur di kurniakan kesihatan yang baik dan harap-harap ini berkekalan kerana saya tahu anak-anak saya amat memerlukan saya dalam setiap hal. Saya adalah ibu mereka, kawan mereka juga merancang keperluan dan kehendak hidup mereka. Saya tidak menentukan masa depan mereka tapi saya cuba merancang agar masa depan mereka "terbaik"......
Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers