Wednesday, 12 June 2013

Finally we moved


Finally we moved jugak. Setelah sekian lama bertabah hati dengan keadaan persekitaran, orang tu dan orang ni. Sebenarnya sayang sangat nak tinggalkan kawasan tu sebab kami dah dok dalam pekan, semua kemudahan senang dapat. Ralat betul. Tapi berbalik kepada ini adalah yang ditentukan oleh Allah kepada kami maka we are happy. Ya sering kali aku berdoa supaya segala urusan dipermudahkan dan diberikan kami pilihan yang terbaik. Dan ini adalah pilihan terbaik yang kami dapat dan urusannya pun terlalu mudah dan cepat. Syukur Alhamdulillah.  

Rumah ni besar dan sesuailah untuk keluarga kami. Ada 4 bilik dan 2 bilik air. Dah semua pakat berhimpun mandi kat bilik master bedroom. Ermmm nak larang pun kesian. Paling seronok Acik Chenah la..rumah besar dia punya berkawad dalam rumah tok sah ceritalah. Walaupun pindah tapi anak2 tetap bersekolah disekolah yang sama. Bayangkan tiap hari kena ulang alik ke Kuah nu hantar budak2 tu pi sekolah. Bang Teh dan Muaz kena bangun awallah...keluar rumah sekali dengan Kakak dan Muaz. 

Kami pindah sebab keadaan sosial kat flat tu dah tak sesuai dengan anak-anak.Sebelum ni kan kami terpaksa hadapi karenah anak remaja kami yang cuba berlagak dewasa. Hati memang tak tenteram. Pandai turun melepak malam2. Tak padan dengan umur. Hari-hari stress, sampai terpaksa ambil ubat. Wah kalau tak pergi check aku sendiri tak tau yang aku ni stress. Kemuncak bila satu malam dia turun melepak sampai pukul 12 mlm. Dia balik rumah...lepas tu bila aku nak masuk tidur, diam2 dia turun rumah lagi. Aku sms dia , dia kata dia ikut anak jiran aku pi KFC. Orang tu nak belanja walhal depa cuma pi melepak kat sebelah KFC sebab nak guna wifi KFC tu. Aku sms abahnya, abahnya pi ikut dan bawa dia balik rumah dan dapat lah habuannya. Ingatkan dah insaf rupanya macam tu juga cuma tak berani nak turun malam2. Jadi sebelum terlambat kami buat keputusan untuk berpindah. Bukan nak menghina atau mengeji tapi sesungguhnya persekitaran rumah flat memang tak sesuai untuk didiami bila anak meningkat remaja..tambah lagi bila ibu bapa berkerja. 

Majlis Kokurikulum Taska & Nury JHEAIK Zon Langkawi

Semalam berlangsungnya Majlis Kokurikulum Taska & Nury JHEAIK untuk Zon Langkawi. Bang Teh terpilih mewakili pertandingan nasyid dan Alhamdulillah sekolah bang teh dapat no 2. Dia happy sangat sebab dapat hadiah. Ibu dia pun happy :)


Menunggu turn ....


Bernasyid sambil bermain alat muzik....bangga sangat 




Yeaa dapat hadiah...semua orang happy dengan bang teh punya achivement 

Wednesday, 29 May 2013

Cerita Kedai Kopi

Cerita 1: Pasai WEQ1129. Bulan ni adalah bulan dia tunjuk perasaan, meragam. Klip bumper tu patah maka luruh pulak dia. Adoi dugaan. Lepas tu jalan nya terhinggut-hinggut. Memang stress bila terpaksa slow tiba2 dan berhenti di traffic light sebab nak pick-up balik tu ambik masa. Sayang betul kat WEQ1129 ni sebab loan dekat bank dah tak ada jasa pun banyak.Nak ubat penyakit demam kura dia yang dok terhinggut-hinggut ni bawa dia jumpa doktor. Doktor kata kabareta (betoi ka spelling ni) rosak dan perlu ditukar RM450.00. Tak puas hati bawa pi jumpa doktor lain pulak. This doktor kata cuma plug saja yang perlu di tukar dan kos cuma RM 35.00. Dan WEQ1129 sembuh seperti sediakala. Kalaulah dengar cakap doktor yamg mula2 tadi burn lah RM450.00. Kadang-kadang kita perlukan pendapat kedua.
Mencabar. Ujian buat saya dan suami. Sudah sibuk nak bercinta, berkurung dalam bilik, keluar melepak sampai tak ingat rumah. Abaikan tanggungjawab yang diberikan. Paling terasa dia sanggup meninggikan suara hanya semata-mata nak kan handphone yang dia gunakan untuk ber"fb". Sedang berusaha untuk mengembalikan dia kepangkal jalan kerana belum jauh dia tersasar.Dugaan anak remaja rupanya macam ni.


Thursday, 23 May 2013

RM 29 cuma

Eh semakin selesa pulak dengan wedges sach ni. Walaupun agak tinggi tapi kaki selesa pakai. Berkenan sebab tali yang color macam mashmellow itu. Dan yang paling utama harganya lagi seringgit nak masuk RM30. Dah jadi tabiat...masa nak keluar membeli mesti set nak beli kasut di bawah RM 30 tapi harus lawa. Kalau tak ada tak beli pun tak pa. Dan lagi kalau berkenan sesangat dengan jenis kasut tu tapi harga tu melebihi budget sanggup I tunggu sampai ada sales. Biarlah orang kata walaupun dah lepas musim kan??. Sesungguhnya saya adalah pencinta kasut. Suka sangat mengumpul kasut. En.Atan dah berbunyi..."kasut banyak-banyak ni nak buat apa"...ehh nak buat apa..nak pakai lah. Minggu ni pakai kasut ni, minggu depan pakai kasut nu. Haaa kan best tu. Nak membeli kita kena ukur duit dalam purse kita lah. Jangan terlajak berbelanja. Mana yang rasa tak perlu jangan beli. Tapi bab beli buku saya tak boleh nak control nafsu haha. 
Terimbau zaman kanak-kanak. Zaman kanak-kanak saya yang tidak macam orang lain. (Sobss ada orang lain yang lagi susah dari saya...betul). Nak merasa baju baru cuma bila tiba hari raya saja. Itu pun baju raya beli di pekan hari. Pekan Isnin a.k.a senanyan. Bila tiba hari tu pergghh syok sungguh sebab dah tau akan dapat baju baru. Dan tak kisah walau dibeli di pekan hari saja. Waktu tu tidak ada pilihan dan tidak boleh memilih. Apa yang diberi terima saja dengan tangan yang terbuka. Inilah sebenarnya yang mengentalkan semangat saya. Banyak liku-liku yang sudah saya tempuhi. Alhamdulillah.

p/s: teringat kenangan masa 6 bulan berada dikg dengan anak-anak. Pernah kami minum air asam jawa dengan gula merah. Rasa seperti air malta.Mujur anak-anak tak dak yang sakit perut. Allah..Allah...sebak nya hati bila mengingatkan pengalaman tu. 

Tuesday, 21 May 2013

Semakin mengerti

Tau kan PIL ada kat rumah I. My MIL adalah seorang yang rajin bercerita. I cuma dengar saja apa yang dia cerita sebab watak yang dia cerita tu I tak kenal. Jadi tak tau celah mana yang I nak mencelah. Dan cerita yang sama akan di ulang semula selang 2@3 hari. Kesimpulan yang I buat adalah kerana dunia MIL cuma sekitar compound rumah dia saja. Dia tak keluar bertandang kerumah jiran-jiran. Bergotong royong masa jiran sekampung buat kenduri. Itu semua atas faktor umur dan kesihatan. Kalau tengok cara MIL berjalan memang kesian. Dulu masa penglihatan FIL masih ok, dia orang buka kedai kopi depan rumah. Penuhla kedai kopi tu pagi2 dengan warga kampung. Jadi sedikit sebanyak masuklah input-input baru pada depa berdua. La ni bila FIL dah tak larat kedai kopi tu pun tutup. Jadi bila MIL dok pot pet pot pet bercerita..I dengar sajalah. 
I sedang belajar memahami MIL. Adoii asyik2 MIL saja hahahaha..awat tak nya my FIL ok saja. Sempoiii. Kesimpulan yang I boleh buat pasal MIL ni ialah, dia sunyi sebenarnya. Anak-anak dah ada kehidupan masing2. Cucu-cucu pulak ada aktiviti sendiri. Jarang pi jengok depa berdua. Style MIL adalah style zaman Tun Teja. Kalau cucu2 lalu tepi cucur atap rumah dia harus kena keloi dia "buat apa tok"....hah ambik kau. Kalau masak apa2 yang best dan luar biasa hulur la semangkuk pada tok dan wan ni. Mai la ziarah Tok dan Wan tolong sapu sampah dan kemaih rumah depa dan lain-lain lagi lah. Memang sukar kalau nak ikut rentak MIL. Jalan terbaik adalah buat mana yang kita rasa terbaik. I cuba sedaya upaya layan depa dengan baik. Yang penting perut kena kasi kenyang. Kalau lapar ini boleh menimbulkan amarah. Sepanjang disini kami sedar yang MIL tak pernah masak hatta buat air. Dia dah tak larat sebenarnya. Masa berdua dengan FIL di kampung, terpaksalah dia masak sebab itu adalah tugas dia dan tanggungjawab dia. Tapi dia cuma masa benda yang sama...itu kami perasan . Dan itu juga atas faktor tenaga dia. Dengan keadaan dia  nak berjalan terhoyong hayang mana mampu dia nak berdiri lama-lama masak beraneka jenis lauk lagi pun cuma 2 mulut saja nak makan kannnnnnnnnnnn. Dah tu banyak pula pantang larang bab makan ni. Bila dengan kami haa kami masak apa yang kami rasa depa perlu makan. Mau tak mau depa kena makan dan taraaaaaaaaa my FIL makan dengan berselera sekali. :)... Jadi En.Atan lepas hantar anak ke sekolah dia akan siapkan breakfast untuk depa  berdua . Time lunch pun dia akan masak. Time dinner I la yang take over hahahaha. 
I semakin mengerti tentang perasaan MIL & FIL. Bila semalam masa kami tinggal bertiga (En.Atan pi ambik anak-anak mengaji Che Nah dan Muaz follow) time tu la pakat meluahkan isi hati. Memang kadang-kadang terasa hati dengan MIL tapi bila ingat kita sendiri akan tua dan akan bermenantu dan bercucu-cicit maka dengan sendiri nya perasaan geram tu akan surut. I tak mau berjanji apa-apa cuma selagi terdaya i cuba buat yang terbaik la pada depa. Terima kasih Allah..sebab bagi peluang pada I untuk berbakti pada orang tua walaupun cuma parent in law tapi darjat depa tetap sama macam ibu bapa sendiri kan???

Friday, 17 May 2013

Boh gambaq sajalah


Menerang muluh Hannah. Hahaah ni gambaq yang di edit. Huh sekali pandang macam qoper Becky Leorgado ka apa ka tu yang dok sebut "kejelitaan adalah hak milik setiap insan".



Present hari ibu. Cawan sepasang tu yg tok dan wan punya. Kesian juga bila dia tengok budak-budak bagi hadiah dan dia tak dapat apa-apa.  Jadi kita pass cawan tu pada dia. 

Gambar masa balik kampung. Si kenit yang menyibuk mencelah masa tok wan tengah gunting rambut. 

Thursday, 16 May 2013

Selamat Hari Guru

Selamat hari guru kepada semua insan yang bergelar guru tak kiralah samaada mengajar di tadika, taska atau sekolah pondok. Bakti yang dicurahkan tidak mampu dibalas dengan segala macam bentuk material. Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang telah mengajar saya samada di sekolah rendah, menengah dan menengah atas.
Blog Widget by LinkWithin