Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Friday, 10 June 2016

Please remind your kids

Hari ke 3 puasa tempat kerja Pak Atan buat majlis berbuka puasa untuk family dan staff. Macam selalu every year tempat kerja Pak Atan memang ada buffet ramadhan.
Ok back.to cerita berbuka puasa tu kami sampai ngam-ngam hampir waktu berbuka. Jadi tetamu dah ramai, tempat hampir penuh. Tapi kami berjaya jugalah dapat tempat. Pak Atan kemudian busy lah nak pastikan food cukup. So aku dan anak2 sajalah yang duduk di meja dan tunggu suasana di food kaunter reda untuk ambik makanan. Bila dah ok sikit barulah kami pi ambik food. Pesan aku pada anak2 ambik apa yang nak dimakan saja dan ambik dalam kuantiti yang sikit. Bila rasa nak lagi boleh tambah.
Kami ambik air kemudian spaghetti sebab tu yang depa nak. Dan oleh kerana meja kami ditepi sekali jadi kami boleh tengok meja2 lain. Rasa geram dan malu pun ada. Sebab nampak sangat tamak dan bernafsu. Pinggan penuh meja. Nasi,lauk membuak-buak dalam pinggan. Kira nya depa kaut makanan tu boh dalam pinggan depa tanpa fikir orang lain. Bila dah penuh food dalam pinggan, pinggan pula bersusun atas meja tapi makannya tak habis. Tinggal terbiar atas meja. Di sebelah meja yang kami duduk food yang dok.ada makan tak habis. Spaghetti masih tak terusik. Kemudian bangun pergi ambil daging kambing golek pula. Dan 😈😈 daging tu pun makan tak habis.
Kata anak dara aku" bertudung litup, nampak berilmu tapi tak tau ka membazir tu tak elok?"
Sedih dengan sikap orang kita. Tamak. Kaut segala mak nenek macam.dapat habiskan semua. Tapi lepas tu tinggal macam tu saja. Takkan lah tak tau food akan di refill kalau dah habis. Jadi tak timbul isu yang kalau kau tak kaut food byk2 pun kau akan missed the food.
Makanan melimpah ruah jadi rasa sayang kpd makanan tu dah tak ada.
Kita lupa pada saudara kita yang makan ala kadar sekadar telur di gaul dengan toyu [toyu is kicap ok]. Tu pun dah nikmat tak sangga. Tak ada makna kau dressing bukan main cantik, pakai heel bertingkek, tudung kau naelofar tapi etika kau macam ni.
Jadi mak ayah tolong remind anak2. Ambik apa yang nak dimakan saja. Ambik dalam kuantiti yang sikit. Nak boleh tambah dan kalau perlu pakai lah plate yang sama juga. Jadi tak dak lah meja menimbun dengan pinggan. Alhamdulillah berbuka hari tu berjalan lancar. Anak2 dah besar jadi tak banyak ragam buat tekak mengkelan.

Friday, 11 September 2009

**20 ramadhan**

Berbuka dengan anak-anak lagi. Menu berbuka kemarin ayam masak madu, kuih-muih, daging masak itam dan ikan goreng, air sirap bandung. Saya tak masak tapi En.Atan tapaukan. Masak nasi jer dan buat air..dats it. Senang kan?? hahahaha memang la senang..tapi sekali 2 org budak kecik tu buat hal..haru-biru ooo. ibu jugak la yang nak urut dada, tarik napaih tahan sabaq.
Sebelum azan dan lagi test Muad'z pakai baju ni..hahahahah ibu rasa awak cute sangat la Muad'z
kesian Muad'z sa,pai tertidoq dalam stroller..tunggu abang dan kakak main bunga api


xtvt lepas berbuka dan buang apa yang patut main bunga api la..anak2 den la tu





tak nampak orang yang main bunga api tu..nampak cahaya jer kira halal lah

syok nya main bunga api..


nota kaki tangan: pic adalah sangat blurr sebab camera cap ayam daging

Wednesday, 9 September 2009

**18 ramadhan**

Macam biasa. Berbuka dengan anak-anak ^---^. Macam biasa juga Danish buat hal..kepoh dia. Muad'z baik pulak semalam. Dok diam jer dalam stroller. Abang Chik saja buat perangai sebelum masuk waktu berbuka. Duit raya yang Untie Ila bg tu dia boleh pi beli mercun. Ishhh berasap telinga saya tau..apa lagi kena la ceramah. Masa berbuka dia merajuk tak mau makan..biarkan saja sebab dia tak puasa..

Lepas berbuka rest..dan Muad'z pun start la berdongdang sayang. Mujur dah selesai makan..etc. BF kan Muad'z lepas tu masukkan dia dalam ndoi..enjut2 Muad'z selamat belayar. Tinggal la yang ber4 lagi ni. Danish macam biasala selagi abang2 tak tidoq jangan harap dia nak tidoq kecuali kalau siang tu dia tak tidoq..

Plan nak buat kuih raya. Hahahahaha bancuh la bahan2 nya..tapi aduhh banyak gangguan sungguh. Angin asyik naik kepala ja..letih. Last decide tak mo buat kuih la..beli ja senang. Cuma nak buat kuih makmur dan kuih tat sebab tu favourite anak beranak...

Hari ni berbuka entah citer apa pulak tak tau la...

Saturday, 5 September 2009

**15 ramadhan**

Hari ni dah 15 Ramadhan. Bermakna dah 15 hari kita posa. Saya pun dah 15 hari posa dan harap2 penuh la posa saya tahun ni. Tak payah nak ganti posa :). Tapi posa yang sudah2 belum berganti lagi. Ya lepas ni saya nak kena posa dan bayar fidyah.
Anak saya Abang dah 14 hari dia posa. Kenapa dia 14 hari?? Ha sebab dia hari rumah kami naik air sebab banjir -----> rujuk rumah lama http://firmannurmie.blogspot.com dia gigih sangat main air. Air banjir kan kotor, segala macam air keluar dan bercampur. Esoknya dia demam dan muntah. Maka terpaksalah dia ponteng posa. Abahnya janji satu hari dia posa abah dia nak kasi RM5. Excited la dia..hari2 kira berapa yang dia akan dapat. Tapi bila dah seminggu dia posa dia dah tak kalut kira pasai duit dah. Dia bagitau saya " abang posa kerana Allah, tak payah dah ibu dan abah nak bagi duit kat abang.Tapi kalau ibu nak bagi lagi baguih abang nak beli games ni" Amboiii dan lagi abang noooo..mula2 sejuk hati dengar dia cakap cam tu tapi ayat hujung tu rasa cam nak cubit2 dia..
Bulan posa ni boleh di hitung dengan jari berapa kerap saya masak. Saya memang balik awai bulan posa ni 430. Memang sempat kalau nak masak, tapi --------> ada tapi tu yer-------> ya saya ada alasan kukuh kenapa saya jarang masak. Si kecik saya Muad'z tu memang kuat meragam. Balik rumah saya kena belek dia jer. Dia kejap2 nak naik buai, kejap2 nak naik stroller. Dan bila dia dengan saya kerja dia mengepam jer..jadi adakah alasan tu boleh di terima pakai?? Boleh kan?? Hahahahaha...Jadi resolutionnya saya tapau jer kat PARAM. Bila dah ke PARAM tu tau2 sajalah semua tertarik-menarik kau memang da bomb. Semua nak beli oii.
Ayam ni cam dok lambai2 ja.Sambal udang ni pun sama.

Beli kuih ikut napesu.Masa berbuka makan dua tiga cubit lepas tu tinggai.


Ehem..ini laju jer. Lepas "Allahhummalakasum tu" ------> baca sampai abih la...langgah yang ni dulu. Lepas tu sengkak perut kenyang air. Mula liat nak solat maghrib. Ujung2 waktu baru nak kalut..ishhhhh.




Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers