Wednesday, 9 September 2009

**18 ramadhan**

Macam biasa. Berbuka dengan anak-anak ^---^. Macam biasa juga Danish buat hal..kepoh dia. Muad'z baik pulak semalam. Dok diam jer dalam stroller. Abang Chik saja buat perangai sebelum masuk waktu berbuka. Duit raya yang Untie Ila bg tu dia boleh pi beli mercun. Ishhh berasap telinga saya tau..apa lagi kena la ceramah. Masa berbuka dia merajuk tak mau makan..biarkan saja sebab dia tak puasa..

Lepas berbuka rest..dan Muad'z pun start la berdongdang sayang. Mujur dah selesai makan..etc. BF kan Muad'z lepas tu masukkan dia dalam ndoi..enjut2 Muad'z selamat belayar. Tinggal la yang ber4 lagi ni. Danish macam biasala selagi abang2 tak tidoq jangan harap dia nak tidoq kecuali kalau siang tu dia tak tidoq..

Plan nak buat kuih raya. Hahahahaha bancuh la bahan2 nya..tapi aduhh banyak gangguan sungguh. Angin asyik naik kepala ja..letih. Last decide tak mo buat kuih la..beli ja senang. Cuma nak buat kuih makmur dan kuih tat sebab tu favourite anak beranak...

Hari ni berbuka entah citer apa pulak tak tau la...

No comments:

Blog Widget by LinkWithin