Showing posts with label Danish. Show all posts
Showing posts with label Danish. Show all posts

Friday, 17 June 2011

Bila danish jadik reporter!!!

Sebelum aku citer pasai Danish. Ada sesiapa yang baik hati nak hadiahkan aku lesung batu? Ada ka? Ada ka? Bukan apa masa pindah randah dulu aku tak tau kat mana aku letak lesung batu aku nih. Oh yes..lesung batu ni aku tak guna tumbuk sambal belacan yer sebab aku tak reti buat sambal belacan. Silalah gelak. Aku memang tak reti buat..sebab bila aku buat ada ajer yang slack. Tapi sambal belacan hasil air tangan FIL aku memang terbaekkk dan aku suka. Hahaha. Lesung batu ni aku guna untuk tumbuk bawang, halia serai lengkuas cam tu ler. Bila tumis wangi jer bau. Kan dah nak masuk Ramadhan...jadi memang nak guna sangat la lesung batu ni.

Ok aku nak cerita pasai Danish. Semalam dia jadik reporter. Susun ayat pun tunggang langgang ada hati nak jadi reporter. Tapi yang aku tabik balik ke dia tu sebab dia tak cerita depan Mak Tom dia (baby sitter dia la tu) Lepas aku ambik dia..elok nak kona jer dia pun mula lah buka mereport kat aku pasai Mak Tom dia.
" Ayah Mat marah Mak Tom. Dia shepak kushi....Mak Tom nangis..keshian Nenish tengok Mak Tom" Mau aku tak terkejut tiba-tiba ayat tu keluar dari mulut dia.
" La pasai apa pula" Saja aku tanya dia. Padahal kepoh.
" Ayah Mat marah Mak Tom la...." Ok masa ni nada suara dia dah buhsan. Hehehe
"Mak Tom nangis macam mana?" Ceh tanya aku lagi. Punya la kepoh.
"Macam ni....." hahahaha aku gelak bila dia tutup muka dengan 2 tapak tangan dia dan mengongoi huhuhuhuhu.

Cerita sebenar?? Biarlah rahsia.....

Sunday, 10 October 2010

Kel@m kabut

Pagi ni 1st day Kakak dan Danish ke Taska. Kelmarin lepas balik keja terus pi cari.Jumpa diskas debuk debak ok set. Bagitau En.Atan dia ok.
Jadi pagi ni agak kelam kabut la nak siapkan beg. Awat la tak siapkan dari semalam. Adoii. Letih. Apa pun hatii dah lega nak buat kerja dengan tenang. Budak ber 2 tu dah ada kat tempat selamat. Muad'z plak dok dengan jiran bawah rumah. Jadi semuanya ok.

Monday, 7 December 2009

*** and the answer is...***

Ingat lagi n3 pasal teka lah tu .
Yes Putubambu memang pandai meneka.
Jawapannya ialah:*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V



Sapa lagi budak rambut qetiao ni la hahahahahaha. Bukan main syok lagi dia .

Nota kaki tangan: Putu nak tak wind chime macam yang kami bagi kat Sumijelly..ada lagi stock. Nak bagi tau.

Wednesday, 2 December 2009

*** janji bahagia***

Janji dia bahagia.
Janji dia boleh tidur dan mimpi yang indah-indah.
Masa kat rumah "mak" dia, dia tak tidoq
Balik rumah, buletin utama tak mula lagi dia dah Zzzzzz.
Mula-mula dia tidoq elok jer.Lepas tu posisi dia berubah macam ni.
Kata orang tua-tua tidoq menonggeng macam ni cacing dok main bola dalam perut erk???

Monday, 23 November 2009

*** oh my eye mirrow***


Dah lingkup "eye mirrow" saya.
Hasil kerja Danish.
Buka kejap letak atas meja tak sangka budak kecik tu dah cukup inci nak capai barang atas meja. Tengok2 bukan main bagus dia pulas dan sebelah kaki "eye mirrow" tu dah patah..sebelah lagi senget keatas.
Oh Danish..awat la buat macam ni dah la tengah2 bulan ni mana nak cekau RM nak pi buat baru.
Tapi kata anak2 "ibu tak pakai eye mirrow lagi lawa" huh kembang semangkok sat ibu. Rasa macam tak mau pakai "eye mirrow" tapi kalau dah tengok orang dari jauh harap ke nampak kala baju jer nak buat apa.Tengok signboard pun harap ke nampak kaler background biru tak de maknanya...
Erkk tolong klik-klik kat iklan nuffnang boleh..bagi saya dapat cash out duit nuffnang tu cepat2 boleh buat eye mirrow baru yeahhh..oh pleaseeeeeeee

Tuesday, 17 November 2009

*** her & his birthday***

Coklat kek tu memang sedap..
Ayu celebrate her birthday on 13/11/
Danish celebrate his birthday on 14/11 dah 2 thn dah dia.

Sesungguhnya saya terlupa pasal birthday Danish. Adoii apa la ibu ni boleh lupa. Selalunya saya cukup ingat dengan tarikh penting anak beranak saya. Oh agaknya kerana terlalu berebutkan kepala ikan dengan Kakak maka saya dah jadi pelupa.
Kelmarin saya beli la kek untuk Danish. Kek coklat ok ikut citarasa ibu la. Kuasa veto di situ. Jadik malam tu lepas jer maghrib saya goreng nugget dan panggil anak jiran memeriahkan majlis nan adonya tu. Menu semalam cuma kek coklat, nugget, kacan ngan yin dan snek apa ke ntah nama nya dan air sarsi..Tu pun bebudak tu enjoy sakan..Danish yang tak tau apa2 pun enjoy..
Kami saja la kekonon nak buat suspen kat dia...switch off semua lampu pas tu abah mai dari dapur bawak kek dia..tapi dia boleh qeyau sebab dia takut gelap tapi bila abah letak kek depan dia suka pulak tgk candle tu..

Dengan itu saya nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Muhammad Danish Firdaus yang ke 2 tahun (walaupun dia tak tau baca lagi dan tak tau pun yang ibu dia ada blog ni) semoga jadi anak yang soleh kepada ibu dan abah dan ibu doakan semua yang terbaik untuk Danish.
Dan saya juga nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Siti Amiha Ayu. Akak doakan semua yang terbaik adalah untuk Ayu...

Wah rupanya selang sehari jer birthday Ayu dan Danish...

Tuesday, 10 November 2009

*** Jom belajar mengira ***



Jom belajar mengira dengan Danish. Tapi mula-mula kena bergayut dulu ala-ala Tarzan baru feel sikit...

Tuesday, 27 October 2009

*** partner in crime***

Beza depa berdua ni setahun jer. Tapi sama tinggi. Bila mood ok depa boleh main togeder-geder bila angin kus-kus masuk dalam badan..hah jawab nya...periuk belanga melayang la.
Ni waktu petang masa main beskal depan rumah. Tengok dalam bakul basikal tu ada bantai busuk. Bantai busuk tu kepunyaan "kakcik" yang baju belang2 tu. Memang lawak bila tengok depa bermain. Danish bonceng kat belakang ..bersungguh la kak cik nak kayuh basikal tu.
Last sekali danish turun tolak basikal tu senang. Bila dah jumpa buah nyoq dah depa sepak buat bola pulak...adoiiii

nota kaki tangan: memang penat anak 5 tapi besttt layan karenah depa yang macam-macam ada tu

Wednesday, 21 October 2009

*** jom ke pasar bersama chef danish dan assistant nya***

Jom ke pasar bersama chef Danish. Hari ni dia nak masak sotong goreng kunyit dan ikan temenung goreng. Ok mula2 kita pilih ikan dan sotong yang fresh2. Sebelah sana macam ok jer ikan nya.

Oh his assistant dah heret tangan dia. Kat sana sotong nya cantik..jom kita ke sana chef. Oh chef nak belek ikan sat..oh itu ikan pari yer chef


Ikan ni ?? Entah apa nama ikan ni pun tak tau. Tapi tak payah beli la sebab Chef cuma ada 20 hinggit jer..

Alamak kat tangan assistant chef cuma tinggai singgit??? habih camna nak beli ikan pari nih? cam na??? Ok lepas berdiscuss tak jadik beli mungkin esok lah.
Udang ni buat masak butter prawn best nih...tapi esok la sebab menu hari ni sotong dan ikan temenung.
Kat kedai sayur. Ishh kenapa la depa ni tak cuci ice-box nih??? Kan chef dah marah!!!!
Ok dah habis membeli jom kita balik. Assistant dah tak larat nak bawak plastik ikan dan sayur tu. Ops yang depan berbaju merah tu HEAD CHEF yer...laju nya dia jalan...

Tuesday, 20 October 2009

*** cekcinya...aummm***

huh tak tau la gue nak kata apa dgn anak bujang gue yang sulung nih. Makin hari makin selambak. Semalam dia lantak sapu losyen halia tu. Konon nak bagi kurus la lepas tu dia melompat-lompat sebab panas. Hahahahah last abah dia suruh pi mandi lain...adoiiii
Ada gambar depan Danish ni. Tapi "seksa" sangat. Jadik tanya b**** sudah la. Budak kecik ni pun ikut mood jugak selalunya bangun bagi dia memang tak mandi dah. Terus hantar pi rumah mak dia. Tapi pagi tadi wahhh dia menjerit-jerit nak mandi..so abahnya mandikan lah dia...lepas mandi dia tergedik-gedik dulu dalam bilik abang2nya..dan inilah hasilnya..

Thursday, 1 October 2009

*** geram***


Saya adalah sangat geram dengan budak ni sesangat.
Sekarang ni budak kecik ni nakai sangat. Baru nak belajar bercakap. Aduhaii tak larat nak layan kepocih dia tu. Tak boleh nampak handphone saheh dia nak suruh kita buat call. Kalau bagi cam tu saja maka relalah handphone tu di campak ke dinding. Mau tak mau kena dial jugak. Yang selalu jadi target dia ialah Abah dan Mak mengasuh dia la. Mau tak mau kena layan.
Kalau bawak dia naik motor keh keh keh sepanjang jalan tu dia berzikir yer " e yauwah" maksudnya "Allah' la tu dan "la i la e yauwah" maksudnya Lailahaillallah la.
Dah boleh minta tolong yer..walaupun dia bercakap kadang2 bercampur German tapi YES as a mother (kembang di situ) saya paham apa maksud dia. Kalau minta tolong dia ambik "papu" (penyapu) laju jer. Kalau saya tukar diapers dia or Muadz tak payah bimbang dah dia yang akan buang diapers tu dalam tempat diapers.
Dan yes dia memang dia nakai..adoi tu yang tak tahan..sabar jer lah. Kadang2 saya gigit dia sebab geram sangat keh keh keh ...
nota kaki tangan: sorilah saya feeling macam ni atee dah anak saya pun apa saya kisah wakakakakakaka...sayang semua anak ibu mmmuuahhh
Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers