Friday, 17 June 2011

Bila danish jadik reporter!!!

Sebelum aku citer pasai Danish. Ada sesiapa yang baik hati nak hadiahkan aku lesung batu? Ada ka? Ada ka? Bukan apa masa pindah randah dulu aku tak tau kat mana aku letak lesung batu aku nih. Oh yes..lesung batu ni aku tak guna tumbuk sambal belacan yer sebab aku tak reti buat sambal belacan. Silalah gelak. Aku memang tak reti buat..sebab bila aku buat ada ajer yang slack. Tapi sambal belacan hasil air tangan FIL aku memang terbaekkk dan aku suka. Hahaha. Lesung batu ni aku guna untuk tumbuk bawang, halia serai lengkuas cam tu ler. Bila tumis wangi jer bau. Kan dah nak masuk Ramadhan...jadi memang nak guna sangat la lesung batu ni.

Ok aku nak cerita pasai Danish. Semalam dia jadik reporter. Susun ayat pun tunggang langgang ada hati nak jadi reporter. Tapi yang aku tabik balik ke dia tu sebab dia tak cerita depan Mak Tom dia (baby sitter dia la tu) Lepas aku ambik dia..elok nak kona jer dia pun mula lah buka mereport kat aku pasai Mak Tom dia.
" Ayah Mat marah Mak Tom. Dia shepak kushi....Mak Tom nangis..keshian Nenish tengok Mak Tom" Mau aku tak terkejut tiba-tiba ayat tu keluar dari mulut dia.
" La pasai apa pula" Saja aku tanya dia. Padahal kepoh.
" Ayah Mat marah Mak Tom la...." Ok masa ni nada suara dia dah buhsan. Hehehe
"Mak Tom nangis macam mana?" Ceh tanya aku lagi. Punya la kepoh.
"Macam ni....." hahahaha aku gelak bila dia tutup muka dengan 2 tapak tangan dia dan mengongoi huhuhuhuhu.

Cerita sebenar?? Biarlah rahsia.....

No comments:

Blog Widget by LinkWithin