Monday, 20 June 2011

Kerja Gila...

Kerja gila ker? Entah...
Kemarin..tinggai aku , Danish dan Muad'z jer kat rumah. Aku tak berapa sihat 2/3 hari ni. Kolestrol mencanak naik kot. Malas nak masak. Kerja rumah gagah buat la jugak. Oh ada orang tak nak kerja part time lipat kain?? Rasanya aku nak hantar kain baju ke laundry jer ler.
Rambut aku dah panjang...rimas aku kalau rambut panjang. Selalu EA jer dok caras rambut nih. Tapi almaklum kawan tu bz la pulak. Jadi cerita senang..aku sikat rambut elok-elok. Mengadap cermin dan pegang gunting and zasssss....
Hahahaha aku gunting jer rambut aku sendiri. Apa susah. Telek kat cermin kiri kanan sama ok ler tu. Kat belakang tu tunggu EA free suruh dia kemas kini. Kerja senang jer. Masa aku gunting rambut aku tu Danish dan Muad'z gelak mengekek. Entah apa yang lucu tak tau la.
Rasa selesa bila rambut aku pendek. Kalau dah jenis selamber tu jangan ler berangan nak rambut panjang yer. Bila yang ber3 balik sekolah depa notice yang aku dah potong rambut...bila depa tanya sapa potong aku kata la sendiri potong...terkujat depa hahahah. Depa lupa ker yang ibu depa ni kan hebattttttt.....

No comments:

Blog Widget by LinkWithin