Tuesday 21 June 2011

Sanjung bukan Manjung

Manjung kat Sitiawan kan?????????????
Cerita [asai sanjung. Pernah tak korang ada anak favourite? Sure sikit2 tu ada la juga. Aku pun sama. Tapi tak ler tunjuk sangat. Kena tunjuk adil. Aku kalau salah memang semua kena tak kira kecik ka besaq. Luqman kata ..angin ibu ni payah nak di ramal. Ha baru tau!!!!. Anak perempuan selalunya rapat dgn ibu kan tambah2 kalo sorang. Tapi aku dah Youhanees angin kami berbeza. Susah nak seiringan. Angin dia boleh tahan dengan aku lebih kurang 5 minit jer. Lepas tu puting beliung la. Youhanees lebih rapat dengan abahnya.
Cerita pasai sanjung!!!. Ada sorang kenalan. Dia ada anak 4. Yang sulung ni agak nakal, suka buat hal masa sekolah dulu. SPM pun sekadar lulus jer. La ni usia dah 26tahun. Dulu berkerja sekarang kerjanya lagi hebat RTM (rehat tidoq makan). Anak yang no 2,3 & 4 ni ok lah. Masuk U apa semua. Jadi dalam segala hal si Mak ni akan tatang yang masuk U dan yang tak buat hal ni lah. Lama kelamaan yang sulung ni terasa. Sebenarnya dia sudah lama terasa. Sudah lama memendam perasaan. Akhirnya dia memberontak. Dia buat hal yang mana membuatkan Mak dia bersedih. Bermacam ikhtiar si Mak ni buat untuk dapatkan anak dia balik. Mungkin si Mak ni berjaya mendapatkan anak dia balik tapi sudah tidak seperti dulu. Hakikatnya hati si anak sudah patah riuk. Semangat anak sudah hilang. Si Mak tidak menyedari puncanya adalah kerana sikap si Mak yang terang-terangan menyanjung adik-adik yang berjaya masuk U. Kiranya si sulung ni macam black sheep in the family!!!. Dalam setandan pisang tu ada la sebiji yang tak elok tapi agak-agaklah jangan tunjuk rasa tak senang hati tu. Buruk macam mana pun itu anak kita. Doakan yang molek-molek untuk anak.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers