Wednesday, 22 June 2011

Tak ada komen

Semalam baru realize. Kami ni dah lamaaaaaaaa sangat tak makan sama-sama EA. Lunch pun tidak, dinner pun tidak. Pelikkan? Kalau ada pun masa aku pi ambik dia masa nak balik kerja..singgah mamak minum teh tarik. Masa tu jer ler. Percaya tak dah hampir 8 bulan keadaan tu macam tu. Tu dia punya la haru kan. Weekend aku masak kami 6 beranak jer yang makan. Habis dia 16 jam masa kat tempat kerja jer. Dia balik kami dah zzzzzz. Aku pun tak tau nak kata apa lah. Itulah harga yang harus di bayar bila di angkat mengetuai bahagian dapur dan menjadi orang penting (penting ker). Mula-mula memang meroyan gak aku tapi lama-lama dah biasa kata pepatah alah tegal bisa biasa... yang penting everymonth dapat duit nafkah yang cukup. Aku kan mata DUITAN. Hahaha..ya la duit tu la yang aku guna nak bawak anak-anak pi makan situ makan sini...buang karan situ buang karan sini. Anak-anak pun dah jadi biasa dengan keadaan abahnya.
Tapi semalam aku kata juga la kat EA. Aku tanya dia tak boring dan jemu ker dengan cara hidup dia tu. Jarang nak off sebab bilik boleh di katakan full sentiasa dan function selang 3 hari penuh 2 ballroom. Masa untuk family memang dah zero. Jawab dia senang jer nak buat macam mana cari makan nak bela anak bini. Ha ya la patut tu la bini dia bagai membuak-buak. Conversation tu tamat kat situ jer ler. Kalau berpanjangan nanti boleh jadi bahan debat. Tak tidoq plak jiran tetangga aku.
Okies chiaoooooooo


Noted:2nd day pakai PB..tunggu la cam na hasilnya

1 comment:

Kancilbiru said...

pakai PB konsisten 8 jam sehari dan jaga makan sikit, insya Allah akan dapat hasilnya..

yang penting kena bijak kawal nafsu...:)

Blog Widget by LinkWithin