Throwback tahun 1984 aku masuk darjah 1. Masa tu lah kali pertama aku kenal Junaida Faisal @ Ida. Kahaq dan cenge. Aku selalu kena cubit dengan dia. Garang. Sungguh masa tu aku menyampah dan benci dengan figura yang bernama Junaida Faisal. Dan saat aku menulis bercerita pasal Junaida Faisal ni perasaan marah masih bersarang bila memori aku berlari balik ke tahun 1984. 32 tahun sudah berlalu.
Apa yang menarik tentang empunya nama Junaida Faisal ni. Let's me tell you.Asal usul keluarga sebenar dia samar-samar. Bapa dia nama Faisal dan dia beritahu mak dia berketurunan Cina dan nama yang dia sebut pun nama cina. Sebelum ni nama mak dia elok jer melayu. Dia announce nama mak dia cina masa kami dalam darjah 4. Aku rasa time tu dia dah tengok sijil lahir dia kot. Memang rupa Ida ada chinese look sikit. Dan dia beritahu juga dia ada seorang adik lelaki. Mak dia tinggal di Penang. Walhal dari darjah 1-3 kami tau yang dia anak tunggal. Ida (kami panggil dia dengan nama Ida) adalah seorang budak yang cerdik. Walaupun hidup serba kekurangan tapi otak nya tajam. Sebenarnya Ida tinggal dengan parents angkat dia. Dia lebih banyak hidup dengan Tok angkat dia. Sama sekasut dengan aku. Tapi bila di bandingkan aku rasa nasib aku jauh lebih baik dari Ida. Aku pernah ke rumah yang Ida dan Tok dia huni. Persekitaran yang bersih. Dia bercakap tertib dengan Tok dia. Nampak dia sayang dengan Tok dia. Kalau ingatan aku tak weng, masa Tok dia tak sihat, Ida yang akan masak nasi. Aku tak nampak bayang muka mak dan ayah angkat dia. Tetapi aku pernah tengok la rupa mak angkat Ida. Garang!!!. Ayah angkat dia agak lembut air muka nya dan kadang-kadang dia hantar Ida ke sekolah naik gerek tua. Ida bonceng di belakang.
Kadang-kadang Ida ke sekolah tak bawa duit belanja. Ada kawan kami Che Not yang kadang-kadang belanja dia makan. Ida sayang Che Not sebab Che Not layan dia dengan baik. Kadang-kadang Ida bawa bekal nasi goreng ke sekolah. Nasi yang di goreng dengan garam. Dah cukup sedap untuk Ida.
Bila kehidupan kita seperti dia jadi kita akan faham jerih payah dan perasaan yang dia pendam. Mengapa dia mengambil sesuatu tindakan macam tu. Orang kita hanya tahu menghukum tanpa mahu mengambil tahu sebab musabab kenapa itu tindakan dia.
Ida pernah bercerita dengan aku, mak dia (angkat) garang, suka marah dan pukul dia. Pantang silap sikit pasti dia kena belasah. Sambil menangis dia bercerita mak dia hentak kepala dia dengan pinggan. Ayah angkat dia cuma menegur "kenapa buat macam tu" . Itu saja. Agaknya ayah angkat dia pun takut kepala di hentak dengan pinggan. Kadang-kadang Ida ke sekolah dengan mata yang bengkak sebab menangis. Ada kesan lebam. Ida ada buat kes. Sebahagian yang berada dekat dengan tempat tinggal Ida benci sangat kat dia. Aku kerumah Ida dan dia ajak aku kerumah jiran dia. Tiba-tiba jiran dia sound Ida suruh Ida balik sebab nanti abang dia marah. Kesian aku dengan Ida. Bodoh sangat jiran Ida tu. Masa zaman sekolah sampai ke sekolah menengah bila aku nampak jiran bodoh Ida tu aku rasa meluat.
Lumrah lah bila susah, pakai baju buruk, buat kes pula mesti orang akan kecam, benci, meluat dan pandang hina. Sedangkan di setiap perbuatan ada sebabnya. Bila usia aku dah banyak ni baru aku sedar yang dia buat macam tu sebab tak ada sapa nak sayang dia. Mak ayah kandung dia "buang" dia. Bagi orang lain untuk jaga dia. Orang lain yang diharap untuk bagi kasih sayang, sayang dia sepenuh hati. Tapi semua tu meleset. Dia di dera sebenarnya. Tapi dalam keadaan macam tu, Ida super genius. Dia pandai. Keadaan keliling tidak merencatkan otaknya untuk menerima segala yang diajar di sekolah.
Kemudian, kalau tak salah aku masa kami darjah 4, Ida berbaik dengan makcik kantin sekolah. Ida kadang-kadang bermalam dirumah makcik kantin. Aku rasa makcik kantin faham dan tahu keadaan nasib Ida. Masa tu Ida nampak happy. Agak terurus hidup dia. Masa tu juga jarang dia bercerita pasal mak dia yang suka marah dia. Masa tu Ida macam dah temui kebahagiaan dia sendiri. Ceria dan tak bersedih.
Kami meneruskan persekolahan seperti biasa. Hinggalah pada suatu hari Ida di panggil ke bilik guru besar. Hampir penghujung tahun pada masa tu. Kemudian Ida membawa berita kepada kami yang dia akan pindah sekolah pada tahun hadapan. Kami terkejut. Dia beritahu kami lagi yang dia akan ditempatkan di asrama anak-anak yatim Rumah Budi , Yan. Ini mungkin sebab kes yang Ida buat. Pihak sekolah mungkin rasa di sana kehidupan Ida akan lebih terjamin.
Masuk tahun baru, Ida dah berada disekolah baru. Setelah sekian lama, Ida mengirim surat pada Che Not. Bercerita tentang keadaan dia dan disertakan alamat dia. Aku turut menulis surat pada Ida. Dalam surat tu aku minta maaf pada dia. Ya lah kadang-kadang aku pun tersasar marah dia. Kata pada dia. Dia membalas surat aku. Aku ingat ayat dalam surat dia " saya pun maafkan kamu". Pause. Aku dah tak berbalas surat dengan Ida. Ida mungkin masih mengirim surat pada Che Not. Che Not untung sebab ayah dia posmen jadi bab nak pos surat tak dak masalah.
Berada disekolah baru, otak Ida tetap tajam. UPSR, Ida mendapat 5A. Aku ingat lagi kata mak kawan aku Nisak yang sekampung dengan Ida. Ida budak cerdik, bila ada yang jaga dan duduk tempat elok, hati pun senang. Mudah bagi dia untuk belajar. Masa dok disini dulu tak dak sapa nak jaga dan kisah pasal dia. Tu macam-macam yang jadi.
Terserempak dengan Ida sekali. Kami satu bas nak balik kerumah. Ida makin sihat walafiat. Malu-malu dia bila aku tegur dia. Dia nak balik kerumah dia. Nak jumpa mak-ayah angkat dia atau pun ziarah Tok dia.
Selepas tu sunyi kisah pasal Ida. Ada perkhabaran sampai ke telinga aku, keputusan SPM, Ida baik tapi dia gagal score subjek BM. Aku tak pasti perkhabaran tu 100% genuine atau sebaliknya. Kali tu lah kali terakhir aku mendengar khabar tentang figura yang bernama Junaida Faisal. Entah ke mana empunya diri berada sekarang. Aku google, search FB pun tak jumpa.
Walau di mana dia berada harapnya dia berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia.
Aku tulis aku type berdasarkan ingatan aku pada dia. Mungkin ada fakta yang tidak tepat. Wallahhualam.Aku berdoa agar satu hari aku dapat bertemu dengan Junaida Faisal.
No comments:
Post a Comment