Thursday, 21 October 2010

Buli...


Buli dan Buli Balik. Tu citer arahan Afdlin Shauki. Masa tengok gelak berdekah-dekah. Syok tak ingat.Tapi ni real punya. Aku pulak yang sememeh. Sedih.

Anak aku si Luqman kena buli, dengan classmate sendiri. Dah banyak kali dia balik report yang X ni dok buli dia. Aku buat tak tau jer la. Nama pun budak2...hari ni gaduh esok baik la balik. Itu yang aku fikirkan. Jadinya aku cuma kata , report kat cikgu tak pun buat tak tau dengan orang macam tu sudah. Kadang2 aku sedar yang dia macam malas nak pi sekolah. Dengan berat hati dia pi jugak. Balik jer dari sekolah dia mesti report dia kena buli lagi. Aku minta dia sabar saja lah. Lagi pun dah nak cuti sekolah.
Ada satu hari dia minta En.Atan pi jumpa budak X ni. En.Atan tidak ler pi jumpa budak X tu. Dia cuma pujuk si abang (Luqman) sebiji macam yang aku cakap. Memang abahnya tiru sebiji ayat2 aku. Dah tak de idea la tu.

Kemuncak buli (macam AF plak menuju puncak) dia balik report beg sekolah dia kena campak dalam tong sampah. Time dia report tu muka dia memang frust habis. Nampak riak kesal, sedih. Aku pun sedih. Ya la selama ni kami ingat apa yang dia report cuma "small matter" tapi sebaliknya. Dia sendiri tak sedar yang beg dia kena campak dalam tong sampah, cikgu BM dia yang bagi tau.

Esoknya, En.Atan pi jumpa PKHEM. Discuss bom bang bom bang, PKHEM janji nak siasat kes ni. Apa2 perkembangan dia akan bg tau En.Atan. Kami masih menunggu apa keputusan kes ni.(Laksana masuk court plak). PKHEM ada bagi tau En.Atan, disiplin budak2 sekolah tu memang agak membimbangkan.Abang masih kena buli lagi. Dia ada bagi tau budak X, pasal En.Atan pi sekolah dengan angkuh budak X tu jawab :

" Aku takut apa dengan ayah hang..." wahh tu baru darjah 4 . Kalau umur 24 thn nanti apa akan jadi??? Minta di jauhkan perkara2 negatif lah.

Memandangkan sekolah dah nak cuti lagi beberapa minggu jadi aku minta abang sabar ja la. Kalau next year abang sekelas dengan budak X lagi, mungkin aku minta abang di tukarkan kelas. Kami malas nak bising2, naik turun tangga pejabat sekolah. Aku boleh tunggu kat pagar sekolah bagi sedas dua kat budak X tu. Nampak sangat tak professional. Mungkin masa aku ceramah kat dia, dia berjanji takkan buli abang lagi , tapi belakang aku? Siapa tahu kan. Aku cuma nak anak2 aku dapat belajar dengan selesa, tanpa sebarang gangguan. Kadang2 aku fikir nak tukar jer sekolah depa. Senang. Tapi boleh gerenti ker perkara macam ni tak terjadi kat sekolah baru???

Abang pun bukan nya 24 jam sopan-santun sentiasa. Ada juga nakal dia. Aku tak kata anak aku baik. Cuma aku selalu pesan pada dia, pi sekolah belajar, jangan buat hal dan cari pasal dengan orang. 4 tahun dia dah bersekolah, aku tak pernah terima sebarang report dari cikgu yang abang bermasalah. Lain lah dengan bang chik, 2 kali pindah sekolah 2 kali cikgu kelas nak jumpa aku. Semua pasai buku tulis tak ada. Yang aku heran, aku dah pastikan buku tulis dia cukup, tapi tetap tak ada. Pening kepala dengan bang chik sorang.

Ops..antara perkara-perkara yang abang kena buli:

i) Kadang2 kena tumbuk dan tampar juga tendang.
ii) Alat tulis kena "pau" dengan budak X.
iii) Budak X hasut kawan2 lain jangan berkawan dengan abang.
iv) Makanan abang kena rampas. Aku kadang2 bagi abang bawa bekal.
v) Beg sekolah kena buang dalam tong sampah.

Perkara i-iv sentiasa berulang. Sebagai ibu aku sedih dan frust. Kalau aku boleh ikut abang masuk kelas mau jer aku masuk sekali. Mungkin bagi pendapat orang lain, apa yang abang kena tu tak seserius mana. Tapi bagi aku, benda macam ni tak sepatutnya terjadi. Aku tak salahkan cikgu kat sekolah. Tapi ibu-bapa kat rumah yang patut beritahu anak apa yang patut dan tidak. Bukankah pendidikan awal bermula dari rumah???

Apa aku patut buat???

4 comments:

NB KARA said...

siannya luqman
rasanya casper kena pergi jumpa emak ayah X ni, berhadap. Suruh luqman cakap dan suruh X tu becakap. Casper dengar penerangan budak X tu macamana?
kalau dah tahap tendang, kalau akaklah..angin jugalah. Harus pergi perhambat budak tu.
yelah..kita susah payah jaga anak sampai 10 tahun, macam2 dia buat kak anak kita...geram sangat dengarnya..

fiza said...

salam kenalan...nk join leh..
sian anak casper sy pun ade anak yg dah sek mmg geram dgn bdk2 yg terlebih nakal nie...tp anak casper dah tahap penderaan mental dan fizikal tu takut ganggu emosi dia lak...

Madam Casper said...

Kak Yati...
Saya ada terfikir juga nak jumpa ibu-bapa X ni. Tapi takut penerimaan depa pula. Masa pi ambik budak2 ni kat sekolah, Luqman ada tunjuk mak si X ni. Bila saya tengok muka mak X ni, aduhai tak sampai hati saya Kak Yati. Next year pun Luqman sekelas dengan si X ni. Saya tanya dia , nak minta tukar kelas ker. Dia kata "no need lah...abang harap next year dia tak buat abang lagi"...

Madam Casper said...

Hai Fiza..
Selamat berkenalan. Itu lah..memang geram dan sedih bila anak2 kena macam tu. Harap tu next year tak pi jadi la macam ni lagi. Tapi si X tu masih sekelas dengan abang...

Blog Widget by LinkWithin