Wednesday, 6 October 2010

LAMA KAN???

Lamakan? lamakan saya tak berbloging. Rindu sangat pada blog comei ni (hohoho ske nak puji diri sendiri) pada kawan2 blogger.
6 bulan diam..fuh lama tu. Seperti yang semua tau saya balik kampung. Konon berhijrah. Tapi betul kadang2 perancangan saja tak cukup. Kadang2 kena percaya pada gerak hati. Gerak hati dari mula memang "sedap" dengan perancangan berhijrah ke kg.
Yang tersurat dan tersirat saya hadapi. Pahit manis telah pun saya lalui. Biar semua saya simpan dalam hati. Takut bila di pk kan sangat menimbulkan dendam. Dosa lagik!!!!! *** sigh***
Saya lapangkan dada dan minda ambik apa yg saya alami adalah satuLe pengalama dan pengajaran untuk terus menongkah arus kehidupan. Saya harap perasaan dendam ni akan hilang dalam hati..InsyaAllah....

Okeh part sedih2 saya sorang jer la tau erkk. Jadik..4/7/10 saya buat kerja gila patah balik ke pulau. En.Suami masih di pulau bekerja. Terkejut dia mendapat sms saya " tggu..ptg ni kami balik. anak2 dah tukar sekolah" . Saya terus off hp. Ya pagi tu saya ke sekolah buat urusan tukar sekolah, packing kain baju yg hendak di bawak balik. Barang2 lain sumbat dalam kereta dan kalau kereta tu boleh bercakap sure menjerit sebab sakit.
Mujur BIL sudi hantar kami ke jeti. Kami naik kol 7 mlm. Selamat sampai di pulau hampir jam 9 mlm. En.Atan terpacak menanti di jeti. PIL terkejut bila saya bg tau nak balik ke pulau dan anak2 dah tukar sekolah. Tak de angin tiba2 pokok bergoyang. Dalam hati dah lama taufan pun.
Sekadar pengetahuan..saya memang betul2 gamble masa buat keputusan patah balik ke pulau. Time tu kami tak ada rumah, tak de transport. 2 malam tinggal kat hotel murah ======>hotel tu KRU pernah buat shooting film MYSPY. Kira glamour la jugak. Dan memang rezeki anak2
seorang kawan yg baik hati sudi tumpangkan kami kat rumah dia selama 2 bulan. Langkawi dah macam KL..permintaan rumah cukup tinggi.2010 tahun yg penuh dengan dugaan dan ranjau alang2 sabar terjun laut.
Akhirnya rezeki bulan puasa, kami dapat rumah dgn sewa yg berpatutan dan amat sesuai bg kami yg baru merangkak balik untuk mula hidup baru.Dan saya pun kembali bekerja semula. Alhamdulillah. Saya dn En.Atan tak pernah diskas pasal keputusan gila drastik saya balik ke pulau. Tapi saya tahu dia tau....


2 comments:

PUTUBAMBU said...

Ya Allahh..!! kuat betul dugaan mu cass..

tak tau nak cakap ape selain suruh awak bersabar..

saya rasa masaalah saya berat.. masaalah awak lagi berat..
berani awak gamble anak-beranak gitu je...

Madam Casper said...

Putu..alang2 sabar dan x kuat tak tau la nak citer apa nak jadikkk

Blog Widget by LinkWithin