Tuesday, 7 December 2010

Kemalangan

Lepas balik dari klinik. Minum susu berjemaah. Time ni ok lagi sebab sisa ubat kebas masih ada.
Muka dah start membengkak
Tidur
Baju kesan darah
Danish accident pada hari Ahad 5/12/10. Aku tak hantar Danish ke taska sebab kepala dia berkudis. Bimbang berjangkit dengan budak-budak lain. Sebab Muad'z pun dah berjangkit. Kudis tu naik kat atas kepala. Senang cakap kudis buta la. Dia dah kena cucuk sejarum, kira dalam proses pemulihan. Macam campak yang berjangkit masa tengah nak kering kudis tu..aku rasa kudis buta pun macam tu juga la. Aku tinggal Danish kat rumah dengan abang. Lunch hour jer aku balik rumah. Mujur rumah dengan office dekat jer dalam 10 minit macam tu..kalau tak ada traffic light rasanya dalam 5 minit dah sampai. Semuanya goes well sampai la hari ahad tu.

Waktu tu dah hampir jam 5 petang. Abang call aku kat office sambil menangis katanya Danish jatuh kepala luka...zuppppp aku terus bagi tau abang aku nak balik. Call En.Atan sebab kereta ada dengan dia. Masa nak balik rumah tu macam-macam aku bayangkan. Ya Allah selamatkan Danish. Sampai rumah aku naik atas tengok Danish kena selubung dengan towel. Bila aku tengok luka dia, ya Allah agak teruk.terkopak nampak isi..air mata aku luruh. Saat tu aku rasa bersalah sangat, waktu dia kesakitan aku tak ada sebelah dia. Hanya abang jer yang ada. Mana nak sama kan. Dah la dia manja dengan aku dan untuk pengetahuan Danish masih breast feeding lagi walaupun dia dah 3 tahun. Bila aku dah mula menangis maka Abang, Bang Chik dan Kakak pun ikut menangis.

En.Atan tak banyak cakap terus cempung Danish aku macam orang bodoh ikut jerrr langkah En.Atan. Time tu memang tak boleh nak fikir. Dok fikirkan Danish jer.
Kami ke klinik. Dahi Danish yang terkopak kena jahit. Masa nak cucuk ubat kebas tu meraung Danish sebab sakit kan. Menangis lagi aku. Ohh ya En.Atan yang kena pegang kepala Danish pun aku tengok menyapu mata. Kakak yang ikut pun peluk kaki abah bila Danish meraung sakit. Akhirnya semuanya selamat. Dahi selamat berjahit dan 12/12/10 ni kena pi buka jahitan.

Harapnya semuanya ok. Balik ke rumah dia aktif macam biasa mungkin sebab ubat kebas tu masih ada dan bila ubat kebas tu dah habis dia pun melepuk.

6/12/10: Esoknya badan dah panas, dia demam. Bila demam lagi la susah apa pun dia tak nak makan. Menyusu pun tak habis sebotol. Tapi petang tu aku bawa dia orang keluar juga sebab Muad'z dah boring asyik berkurung dalam rumah. Danish cuba nak aktif kan diri tapi dia memang betoi-betoi tak larat maka dia cuma tengok saja lah apa yang abang, kakak dan Muad'z buat. Kesian. Malam tu muka dia dah start bengkak, badan dia panas balik, Terbaring saja lah dia. Menangis lagi aku tengok keadaan dia. Kalau boleh aku nak sakit tu biar aku yang tanggung, apa sangat la yang budak 3 tahun mampu nak tanggung semua tu. Allah....

7/12/10: Hari ini mata dia dah jadi sepet. Dia bagi tau aku dia tak nak sakit mata. Ya lah selama ni mata dia bulat bila dah sepet ni mungkin dia rasa tak puas memandang kot. Sabar yer Danish..esok lusa ok lah tu. Lepas ni melompat lagi yer.

4 comments:

ieda said...

salam..moga cepat sembuh danish..sedihkan bila tengok anak2 menangis.sb tu kalau boleh saya taknak ibu temankan kalau saya nak jahit luka budak...bg bapa teman takpa.

NB KARA said...

baca entry ni buat jantung akak tersentap2 aje. Harap-harap Danish dah okay sedikit. Kasihan dia..casper doc tak bagi ubat tahan sakit ke untuk Danish?
Inilah proses pembesaran anak-anakkan dan kita jadi emak kena sabar dan tabah selalu..

tunoor73 said...

alahaiii....ciannyer danish.....ibu ohhh ibu....engkaulah ratu hati ku....

Madam Casper said...

Ieda: Masa luka kena jahit tu kami sama2 ada la dalam tu. Tapi mmg tak sanggup nak tengok masa kena cucuk ubat kebas dan di jahit tu..sedihhh

Kak Yati: Ya lah kak sementara depa nak besaq tu mmg macam2 karenah dan dugaan kan? Jadi ibu-bapa ni memang kena bersedia dan bersabar kan?

Puan Nord: Hahahahaha letihh kan??

Blog Widget by LinkWithin