Thursday 17 March 2011

berlalu lah wahai rasa sedih

Ya Allah...lontarkan rasa sedih ini jauh-jauh. Singkirkan rasa runsing ini sedalam yang mungkin. Izinkan aku bernafas dengan bebas dan riang tanpa ada rasa sedih, benci dan dendam. Aku tidak mahu membenci orang lain, menyimpan dendam. Kadang-kadang sekuat mana kita berdiri, segagah mana kita bertahan perasaan kita adakala goyah juga. Bila berhadapan dgn situasi ni aku kadang kala kalah. Kalah kerana tidak boleh bersuara. Air mata mengalir sbb geram kerana tidak boleh melawan. Menahan sakit melahirkan 5 org zuriat setitis air mata pun tak mengalir tapi bila berhadapan dgn situasi di mana sebelah kiri sedara mara yang mana hati dan perasaan mereka harus di tatang tak boleh terguris dan kita tidak di beri peluang untuk bersuara aku jadi sakit. Berdiam diri adalah medium terbaik. Mungkin buat masa sekarang. Tapi satu hari nanti bila meletup ohh jangan salahkan aku bila ikatan persaudaraan yang mmg sudah suam-suam kuku ni terputus??? Memang berdosa memutuskan ikatan sirraturrahim tapi menjauhkan diri dan mendiamkan diri mungkin cara terbaik??
Anak koala yang keja nya asyik nak berkepit

2 comments:

ieda said...

sabar...buat tak paham udah ler.manusia ni mmg banyak peel.

Lyn Yusoff said...

byk2 bersabar gak..
setiap ape yg berlaku ada hikmah nyer

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers