Thursday 28 April 2011

Diana & Kate Middleton

Lady Diana kahwin dgn Charles pada 29 July 1981. Masa tu umur aku baru jer 4 tahun. Memang time tu aku tak kenal sapa pun Diana dan Charles. Cuma Ratu Elizabeth memang aku ada dengar nama dia. Mau tak nya arwah Tok dok pekisah macam mana Tunku Abdul Rahman pi jumpa QE pasal kemerdekaan negara kita kan. Aku rasa masa tahun tu memang hot kisah Diana la. Mau tak nya Diana tu guru tadika jer..tapi di lamar dengan pewaris takhta England. Putera Charles. Tapi seperti kita sedia maklum hikayat hidup Diana tak macam cerita fairy tale yang berakhir dengan "HAPPILY EVER AFTER". Banyak skandal yang berlaku dalam perkahwinan Diana. Charles yang curang, skandal sana sini last dia orang bercerai dan berakhir dengan kematian Diana yang tragis pada tahun 1997 akibat accident. Time tu aku rasa sedih ooo dan terus teringat kat William & Harry.


First kissing Diana & Charles lepas depa kahwin. Designer baju wedding Diana tu ialah Elizabeth Emanuel. Oleh kerana baju wedding Diana ni la Elizabeth Emanuel menjadi famous .Dan baru aku notis yang dari muda memang Charles ni sikat rambut fesyen gitu yer? hahahaha

Time ni aku rasa bukan rakyat jelata yang kasih kan Diana jer yang doakan agar Puteri Berjiwwa Rakyat ni "Happily Ever After" tapi Diana sendiri mendoakan yang sama juga.
Esok sekali lagi sejarah Keluarga Diraja England akan tercipta. Pewaris takhta selepas Charles iaitu William akan berkahwin dengan Kate Middleton. Aku malas nak google apa nama sebenar Kate dan hal luar dalam family Kate. Korang google la sendiri. Cincin yang di terima Diana masa bertunang dengan Charles dulu di sarungkan ke jari Kate. Aku rasa kalau Diana ada sure dia lah yang paling sibuk dan gembira sekali kan?

Wedding dress Kate ni aku tak tau la sapa tapi ada desas-desus kata Alexander M'c Queen. Ker aku yang salah baca entah lah hahahahahahaha. Lepas ni pasti Kate akan di bandingkan dengan Diana. Maka harap Kate bersedialah dengan segala kemungkinan yang akan tiba.Bukan senang bila dah melangkah masuk ke dalam Istana..
Korang pun mesti baca kisah percintaan Kate dan William ni kan? Hubungan depa ada off juga seketika, tapi mungkin dah jodoh kuat bersambung balik hubungan tu dan akhirnya akan disatukan sebagai laki bini ler. Tapi jika di bandingkan Kate & Diana aku lebih suka tengok Diana lagi..hahahahaha
Tahniah to Kate & William.

2 comments:

cikmas said...

ada keluar paper hari tu..katanya... antara top 4 the most beautiful princess kat dunia ni...Kate no.3 followed by Diana at 4th place...

awokk tak setuju... Diana lagi canteks drpd Kate..kate biasa2 je...mcm muka pelakon hollywood je...Diana...uhhh...cantik ahhhh

rosfazila said...

ska la artikel nih..sooo cool,
bila tgk royal wedding nih, rasa mcm baru jer chales n diana kawen. jiran sy siap pegi sana nih, tgk royal wedding!huh,,sya baca kat sini jelah.
salam ziarah

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers