Wednesday 27 April 2011

Provokasi



Merujuk kepada kamus dewan provokasi bermaksud perbuatan membangkitkan kema­rahan, minat, dsb: saya mendiamkan diri dan tidak menyambut ~nya; memprovokasi 1. membangkitkan kema­rahan: barangkali kamu dipukul kerana kamu ~nya; 2. membangkitkan, menimbul­kan, mencetuskan: biarlah saya mengadakan sedikit renungan terhadap ketiga-tiga unsur tersebut, sekurang-kurangnya utk ~ pemikiran.
Kenapa aku nak bercerita pasai provokasi ni? Ha ada la sorang kawan aku merangkap x-neighbour aku.Lepas aku pindah dari rumah lama ada juga la kami bersms dan bercontact. Atas dasar kawan juga aku rekemen dia kerja kat tempat sekarang (Mengungkit la pulak tapi tetap nak citer juga). Kemudian aku dapat kerja kat tempat sekarang. Aku perasan kawan aku tu macam berubah sikit. Aku sms tak berjwab..aku call alasan dia bz dan janji nak call aku tapi tak ada. So lelama aku pun fed-up dan aku rasa mungkin dia tak mau berborak dgn aku. Titik.

Tapi last saturday lepas balik dari majlis birthday, aku tergerak hati nak singgah rumah kawan aku ni. So kami singgah. Bila dah jumpa berborak sakan la kami. Dan aku perasan. Tiap kali jumpa benda yang sama juga dia dok ungkit. Sekali dua ok la aku ingat dia prihatin..tapi kalau dah tiap kali jumpa itu yang jadi topik utama aku pun fed-up. Memang la rumah aku sekarang jauh dari tempat kerja. Hampir 45 minit. Tapi aku tak kisah pun. Lagi pun kami dah enjoy dok kat tempat baru tu sekarang. Segalanya dekat dan mudah.
Apa yang kawan aku dok kalut tu ialah:

rumah aku jauhhhhh bebenorr. Baik cari rumah yang dekat- aku boleh cari rumah yang dekat tapi anak2 aku tak mau pindah sekolah dah. Kawasan sekarang di pekan..jadi semuanya dekat dan mudah. Lagi pun laki aku keja balik malam. Dan yang penting kami enjoy!!!!

Minyak keta-adoiiii aku dah budget siap2 minyak keta aku sebulan berapa. So far tak de masalah. Lagi pun keta aku manual jer..so tak de la dia nak telan minyak banyak..

lain-lain hal-aku malas nak nak citer dah kat sini. Jadi aku rasa dari sikap prihatin dia tu dah bertukar ker dia nak provokasi aku. Kalau itu niat dia..tak termakan aku sebab aku kebal.

Bila jadi macam ni mula aku nak start menyampah kat orang ...boleh gitu?

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers