Monday, 25 July 2011

Ahlan ya Ramadhan...

Hari ni dah 23 Syaaban bersamaan 25 July. Lagi seminggu nak sambut Ramadhan. Sungguh tidak sabar rasanya. Harap-harap mampu lah aku berpuasa sebulan pada tahun ini. Dulu masa zaman kekanak sebut nak posa tarik muka seribu. Bukan apa tak boleh nak pi beli ice-cream manis yang reganya cuma sekupang waktu tu. Masa tu sekupang tu dah besar nilainya .
Tahun ni kami sambut hari raya di kampun
g. Of coz kampung En.Atan... kami balik awal sikit la. Almaklumlah FIL dah tak sihat dan En.Atan tu nak balik buat preparation raya untuk mak dan bapa dia. Aku cuma ambik part kemas-mengemas jer. Habis buat apa ada tukang masak dalam rumah kalau tak di suruh masak kan? Keh keh keh keh .
Tapi plan dah pun di susun..balik jer kampung..petang terus lajak ke Kota Kuala Muda...cari Gedung Chak. Tekak teringin sangat nak makan gedung chak panas-panas tu. Sedap wehhh. Nak bawa anak-anak naik feri seberang ke Penang.Hah ambik coti raya cum cuti-cuti Malaysia dah. Gasakk..sekali harung kos pun jimattt.
Ini lah kedai gedung chak. Dekat dgn titi kota tu jer.


Di balut dengan daun nipah.



Isi di dalamnya...

1 comment:

dela said...

rasa macam nk p pekena mee udang kota pun ada....

Blog Widget by LinkWithin