Thursday 28 July 2011

Ramadhan Terakhir


Slot Samarinda. Menggantikan cerita Annisa. Start 26/7/2011 setiap Isnin hingga Khamis. Jam 10.30 malam. Tahun lepas cerita Syurgamu Ramadhan. Best sangat cerita tu. Tahun ni Ramadhan Terakhir. Dan pengarahnya ialah Ungku Ismail Aziz yang berlakon dalam Syurgamu Ramadhan. Harap-harap cerita ni sama best dengan cerita Syurgamu Ramadhan.

Para Pelakon:
Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud, Tasha Shilla, Aeril Zafril, Eyka Farhana dan Nur Anzalna.

Sinopsisnya:

Ramadan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap kanser kronik dan mempu untuk bertahan beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.

Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa.

Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa, pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula bakal di isi Sakinah seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham?

2 comments:

pB said...

HIV positif , kan


pB rasa Sakinah tu anak luar nikah dia yg dtg nak balas dendam


alahaiiiiiii

Nora Deena said...

citer ni mmg best casper, tapi sape yer pelakon pompuan yg jadi isteri hisham tuh ? mantap lakonan dia :)

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers