Monday, 17 October 2011

Exam week

Minggu ni minggu peperiksaan. Anak bertiga tu sibuk mengulangkaji.  Harap-harap dapat la depa jawab dengan lancar. Time exam ni depa pakat sembahyang jemaah. Doa pun panjang. Alhamdulillah. 

Aku pula dah 24 weeks. Dah buat buku merah tu. Mujoq la tak kena pot pet sebab dok meralit. Reason aku tak pi buat awai-awai...bukan apa malas aku nak ulang alik ke klinik tu. Kita dengan berkerja. Cehhh bukan nak tunjuk kita ni perkerja berdedikasi, cuma bila umur makin meningkat, bila kerja tak settle rasa makan hati tak sedap hati . Tambah pula nanti duit gaji yang dapat tu nak buat belanja anak-anak. Takut tak berkat. Kalau En.Atan sure dia kata berkat sebab masa dia kat tempat kerja jer hahahaha. Aku siap kena minum glukos lagik mujoq perisa oren buleh la gagah sikit. Ya la mengandung kali ni pun aku takut baby besaq macam Muadz. Muadz dulu dah 4 kg,  takut yang dalam perut ni 4kg++. Dan HB aku low. Adoii patut kadang2 dok rasa pening-pening. Nak kena makan hati dan kerang banyak-banyak. Tulon!!!! Apa pun harap semuanya dipermudahkan. Amin. 

Kehidupan kami macam biasa. Tak ada yang menarik. Cuma pening kepala memikirkan tentang school holiday akan datang. Ya lah sah-sah 24 jam masa budak-budak tu kat rumah. Jadi faham-faham la. Dengan jiran-jiran aku yang macam jemuan tak mesra alam. Nak hantar balik kampung, Tok Wan nya tak sihat...lagi pun aku nak pulun si Luqman tu bagi khatam quran. Ishhh..ada sesapa nak jadik baby sitter sementara tak untuk cuti sekolah ni??

2 comments:

Deena Yasmin said...

sama la awok gi klinik tadi HB rendah sgt patutlah ari tuh pitam n xder selera makan.. nak cari kerang ngan hati ayam ptg nnt..

Madam Casper said...

tu la..macam-macam hal..tension dah awok nii

Blog Widget by LinkWithin