Monday 31 October 2011

Tak dak tajuk

Hari ni aku sesaja godek-godek FB kawan aku yang sudah ada anak remaja. Dan tangan gatai aku pun sesaja godek-godek FB anak kawan aku tu. Terkasima seketika aku bila tengok gambar-gambar dalam FB anak dia. Budak umur 17 tahun bergambar dengan gf dalam keadaan -------- sila isi tempat kosong tu sendiri.Tak tahu lah aku samaada kawan aku tu ada kelebek atau tidak FB anak dia. Mual rasanya bila terbaca mesej-mesej kat wall tu umur baru setahun jagung tapi siap bersayang-sayang, papa la mama la...woooooo ini lah cabaran ibu-bapa dalam mendidik anak2 dizaman serba moden dan canggih ni. Kalau lah ada ibu-bapa yang buta IT lagi lah haru. Senang-senang ja anak-anak boleh cong.Zaman aku dulu adalah sesuatu yang taboo kalau duduk sebelah budak jantan...apa tah lagi nak bergambar dengan intim..nak cari kena sesah??
Bila dok sorang-sorang kadang2 terfikir aku dengan beban didepan mata. Nak pantau anak aku yang ramai. La ni depa kecik lagi boleh la jerit pekik, tarik telinga, tapi bila dah besaq?? Aku tak maksudkan yang anak2 tu beban tapi beban yang aku maksudkan ialah kena fikir corak pendidikan dan asuhan yang sesuai untuk anak2. La ni dalam tv macam-macam cerita yang secara tidak langsung boleh merasuk fikiran budak-budak umur setahun jagung ni. Sikit-sikit nak lari dari rumah. 
Sememangnya aku sudah rasa migrain!!!!!!!!!!!

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers