Friday 2 December 2011

Berhijrahlah


Penghijrahan  adalah suatu yang penting untuk kita lakukan
bagi menuju ke lorong yang lebih baik. Dan mempunyai scop
yang  luas  seperti  meninggalkan  perbuatan  jahat kepada 
kebaikan. Perlu melakukannya sepanjang perjalanan hidup.
Perubahan  ini  dijadikan  penanda  aras samada perjuangan 

untuk  meletakan  diri  sebagai hamba Allah yang lebih baik
berjaya atau sebaliknya.

Dalam  situasi  berhijrah banyak dugaan yang akan kita hadapi,
pelbagai gangguan yang akan mengikuti kita sama ada syaitan
atau  manusia. Semua ini untuk menggagalkan jalanan menuju
destinasi  kejayaan  bagi  meraih  segala  kebaikan. Apa yang
penting mantapkan aqidah dan memperkukuhkan iman.

Sebagai  seorang  muslim  sekiranya solat tidak penuh lima 
waktu, lakukan  dengan  sepenuhnya.  Kemudian hendaklah
memperbaiki kualitinya, diikuti dengan solat-solat sunat pula.
Ini juga sebagai satu hijrah. 

Ya..setiap insan mahukan yang terbaik, tapi bukanlah mudah
seperti  membalikan  telapak  tangan,  perlukan usaha yang
bersunguh-sungguh,  namun  jangan  lupa  dengan  diiringi 
doa, kerana doa juga merupakan senjata kita. Allah swt yang
mengatur segalanya.

Hijrah  membolehkan  seseorang melakukan lebih banyak
kebaikkan untuk diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan
negara. Allah melipat gandakan kejayaan dan keberkatan
kepada mereka yang sanggup bersusah payah melakukan
usaha hijrah.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
Orang yang berjijrah itu ialah orang yang meninggalkan apa-
apa yang dilarang oleh Allah ke atasnya.
(HR Bukhari & Muslim)

Allah swt berfirman yang bermakdud:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu 
kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka 
sendiri.
(Ar-R'ad;11)


walaupun terlambat aku tetap nak ucapkan Salam Maal Hijrah 1433 kepada semua :)

1 comment:

nordee said...

Berhijrahlah...kerana kita tak pernah terlewat....
salam kenal..

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers