Friday 13 January 2012

Kisah Alia

Siapa Alia? Alia tak der related pun dengan aku. Dia cuma anak mengasuh baby sitter aku . Maksudnya dia dan Muad'z dok dengan baby sitter yang sama. Zahirnya nampak si Alia ni tak de masalah. Ops details pasal Alia. Umur dia tahun ni 7 tahun maksudnya dah darjah 1. Tinggal dengan Abang dan Kakak Ipar yang ada sorang anak lelaki umur 1 tahun lebih. Alia cuma anak angkat yang di ambil oleh mak dia (mak angkat) di hospital tanpa melalui prosedur yang sah iaitu melalui JKM. Sekarang mak dia di Sabah dengan ayah dia (ayah angkat ler) . Kenapa Mak dia di Sabah? Adalah masalah dia orang tu.  Alia aktif, bercakap macam orang tua (kadang2 aku geram dengan dia keh keh keh ) tapi selebihnya aku buat serius jer dengan dia. Tapi aku ada pesan-pesan juga pada Youhanees (anak dara aku) kalau ada makanan lebih bagi sikit kat dia. Alia tak pergi Tadika mahu pun belajar Iqraq. Benar kata orang kan kalau nak titipkan anak kita pastikan orang tu kita boleh harap. 
Terus terang memang aku tak ambil kisah pun pasal Alia sebelum ni. Tapi masuk tahun baru ni aku pula jadik sibuk pasal Alia. Hari-hari tanya pasal kes Alia pada baby sitter aku. Kes Alia???

Pada pandangan orang lain problem Alia ni biasa jer (sebut sambil ceber bibir) tapi pada aku problem dia agak berat juga dan harus di pantau dan disibukkan dari sekarang .

1. Tahun ni dia dah darjah 1. Memang dia bersemangat nak kesekolah walaupun dia tak pernah ke Tadika. Tapi sedih 1st day nak kesekolah..dia kesekolah dengan baju tak ber-iron. Tapi dia tetap ceria. 

2. Dah 2 minggu bersekolah. Dari 1st day sampai Khamis (12/1/2012) dia ke sekolah pukul 830am. Memang dia bangun awal tapi dia takut nak ketuk pintu bilik Kakak Ipar dia nak minta hantarkan dia kesekolah. Abangnya pula malam2 balik lewat. Dia belajar iron baju sekolah sendiri. Anak aku dah darjah 6 pun still aku yang ironkan baju .Baju sekolahnya sepasang jer...kalau si Kakak Ipar tu tak der inisiatif nak basuh baju dia maka seminggu la dia pakai baju kusam ke sekolah.  Kalau dia satu sekolah dengan anak aku boleh aku tumpangkan dia kesekolah. Ini sekolah berlainan. 

3. 2 minggu sekolah, dia tak ada buku tulis. Bila tanya cikgu bising tak..dia kata memang cikgu marah. Tapi abangnya belum beli lagi buku tulis. Kemungkinan Mak dia ada kirim duit dari Sabah..dan kemungkinan duit tu tak di gunakan sewajarnya untuk keperluan Alia bersekolah. Alia jenis selamba. Selamba jer dia minta buku tulis lama-lama kepunyaan anak baby sitter aku yang masih mana muka surat masih kosong banyak tu bagi pada dia. Baby sitter aku tak kasi sebab dia kata Alia tu baru masuk sekolah..darjah satu fresh lagi. Jadi patutnya Alia dapat serba-serbi semua baru. Baru lebih bersemangat. 

4. Aku dah report kes Alia ni pada kawan aku di JKM Langkawi. Dan dia berjanji nak panjangkan kes ni pada bahagian perlindungan JKM. Dia tanya aku ada kesan-kesan Alia di dera tak? Jawapannya memang la tak nampak kesan di dera. Tapi macam mana dengan emosi dia? Umur 7 tahun tapi dia tak mendapat apa yang budak sebaya dia dapat ? Belajar mengurus diri-sendiri. Kasihan Alia. Full name si Alia ni pun aku tau tak hahahaha. Balik nanti aku double check dengan dia. Baby sitter aku senang jer hujah dia " dah abang dan kakak tu sekolah tak habis...masa bersekolah dah kena kahwin sebab telanjur...jadi bila time adik ni mana dia orang nak kisah sangat. Dapat duit keluar berjoli" fuhhh ada betul la jugak tu. 

5. Aku sekarang asyik tanya pasal Alia jer. Sampai anak-anak aku pun hairan. He he he..aku ni harap muka jer garang tapi dalam hati ada taman. Kalau dah singa dengan anak sendiri sampai kadang-kadang dengan anak orang aku nak jadi singa..tapi pada zahir jer..tapi hati aku lembut. Mudah simpati dan kesian. Aku akan pantau kisah Alia ni. 

Oh ya aku ada share kisah Alia ni dengan seorang insan. Nama tu biarlah aku jer yang tau . Ya lah sebab aku pepandai nak report kes Alia ni kat JKM...dah la jiran-tetangga kat kawasan rumah aku tu jenis ala-ala dok pent house ka apa ka. Jenis tak prihatin pun ya juga. Jadi aku minta pendapat dia la. So report dah di buat. Dan aku ada share juga pasal kes buku tulis dan sebagainya. Dia bermurah hati bersedekah untuk Alia..belikan lagi baju sekolah dan buku tulis Alia. Dah pun aku diskus dengan Kak Ani (baby sitter aku la) kami sendiri akan beli semua barang keperluan sekolah Alia. Sedekah tu takkan kami beri pada kakak ipar dia bimbang di salahgunakan. Petang ni mak boyot dan Kak Ani nak heret Alia pi shopping barang sekolah yer. Ni semua project under ground. Nak buat pahala pun susahkan dengan pandagan mata orang? Sebelum buka sekolah nyaris aku nak heret si Alia ni ke kedai gunting rambut...bukan apa kepala dia berkutu..habis berjangkit ke si Muad'z. Udahlah rambut nya tebal. Mujur si Kakak Ipar dia bawa dia potong rambut. Ishhh..nak jer aku selak rambut kak ipar dia tgk ada benih kutu ke idak...
Pada insan tersebut..terima kasih banyak-banyak..moga Allah akan sentiasa merahmati dan melindungi akak sekeluarga..dan bertambah murah rezeki akak selepas nih. InsyaAllah ..amin..


2 comments:

tunoor73 said...

baguih laaaa tu buat amal jariah....lagipun pahala byk tuuu..tambah2 perut memboyot....bila hampa nak beranak

tunoor73 said...

aguih la wat amal jariah....lagipun anak lam perut tu lum keluaq...dia pun dapat....hehehhe

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers