Saturday, 21 July 2012

1 Ramadhan

Kejut untuk bangun sahur memang mudah. Abang dan Bang Chik senang jer bangun. Dengan Che Nah pun bangun. Yang susah si Kakak. Jenuh kejut tak juga dia bangun walaupun kena jirus dengan air sejuk :) ;). Sampai kesudah dia tak bangun sahur dan abahnya cuma ajar dia berniat puasa, Tapi tak sampai tengah hari dia dah makan. Hai anak yang ini memang lain sikit perangai dia. 

Hari pertama puasa mcam biasa jer kat rumah ni. Anak yang berpuasa macam biasa la sibuk tgk tv, sibuk main games dan sibuk ber fb. Petang sikit depa turun main kat bawah. Letih naik ke atas balik. Petang nya abah bawa balik ke pasar ramadhan.Ramainya orang di PARAM. Nak sua kaki berjalan pun payah. Last cuma beli roti john, karamel, pulut durian & nasi ayam berempah.Gayanya esok memang tak jejak kaki ke PARAM la buat sementara waktu, bukan apa sesak sebab orang ramai.

Berbuka macam biasa. Kalut dengan anak yang tak berpuasa dan Che Nah. Tapi makan tetap makan haaaaaa. Lepas berbuka bang chik terus pengsan dan abg ke surau solat terawikh.

Itu kisah hari pertama Ramadhan...esok entah apa pula cerita nya yer




1 comment:

Lizan said...

banyak jugak juadah buka puasa hari ni ya.. teringin juga nak buat karamel.. tunggu masa sesuai jer ni.. sedap mkan sejuk2 kan..

Blog Widget by LinkWithin