Tuesday 17 July 2012

Anger Management Day 7

Tak berapa nak success. Kadang-kadang kita lupa yang kita create program ni untuk diri sendiri. Pagi tadi pun ada amuk sikit. Adoi bila start rasa marah tu memang tak boleh tahan sure nak kena lepas juga. Maaf !!!! Another 37 days to go.

Sebenarnya kita masa kecil tak la sebertuah mana. Tak bertuah dari segi kasih sayang, perhatian,belaian. Ok tak perlu nak dicerita balik sejarah lampau. Sejarah tak boleh nak dilupakan tetapi biarlah ianya kekal menjadi rahsia bagi diri sendiri. Pendek cerita aku di besarkan oleh Tok kita. So dah dari kecik dengan dia maka kita panggil dia "MAK". Jujur kita tidak di ajar tentang pentingnya kasih sayang. Mak kita garang pula tu. Silap sikit berbinar la belakang ni kena sesah hahahahahaha. Alah bisa tegal biasa dah pun.  Mak tak pandai nak ungkapkan kata-kata yang memujuk.Aku tahu kenapa sebab time tu dia cuma fikir tentang perbelanjaan kami berdua. Macam mana nak cukupkan perbelanjaan kami. Dia amat menitik beratkan hal persekolahan aku. Bangga sangat dia kalau aku naik pentas terima hadiah masa hari UCAPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH hujung tahun. Rasanya semangat kental dia, tak hentang dengan segala kesusahan aku warisi dari Mak. Aku tak berdendam dengan Mak bila aku kena pukul, kena marah kaw-kaw. Sebab hari ni aku sedar Mak buat macam tu sebab bersebab. Dia tak nak aku hanyut kerana dia tak ada masa nak fikir itu semua sebab dia sibuk berusaha dengan keras mencari rezeki yang halal untuk kami. Sebab Mak lah aku berjaya dalam hidup (walaupun tak success tera mana heh). Tapi Mak cepat marah. Silap sikit bernanah telinga kena leter. Apa ada depan mata sure sampai kat aku. Hehehehe..35 tahun lalu memang ngeri now..jadi kenangan terindah pulak untuk di share bersama anak-anak. Dan perasaan baran tu pun aku rasa aku warisi dari Mak. Aku memang cepat marah. Silap sikit mendidih lah oksigen dalam otak aku. Aku rasa lately makin worsed keadaan tu. Kesian kat anak-anak yang makin membesar. Malu pun ada juga bila depa tengok muka buruk aku bila marah. So atas inisiatif sendiri aku buat anger management. Harap aku success. Doakan yer...




No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers