Minggu-minggu terakhir Ramadhan ni hati terasa sayu, sedih, bercelaru. Sayu sebab cepatnya masa berlalu dan ramadhan pun tak lama lagi akan berakhir. Entah hayat akan panjang ke untuk bertemu Ramadhan pada tahun depan? Dulu kalau zaman kanak-kanak memang nak cepat jer habis bulan puasa sebab nak raya kata hang. Dan nak collect duit raya. Tapi aku tak dak lah sampai pi daqi satu qumah ke satu qumah. Malu weiii. Sebab tu sampai ke anak sendiri memang tak bagi depa berjalan kutip duit qaya. Depa meqempan duit qaya sikit meh ibu top-up bg banyak.
Sedih yang lain pasal anak bujang yang sorang ni. Sejak dua tiga menjak ni dah pandai bercinta. Memang dia ada akaun FB..aku yang create dan of course la password nya aku tau. So hari2 akan aku check apa aktiviti dia. Wah dah pandah bercinta dgn chat box. Siap bersayang dan saya rindu awak. Allah..Allah..nak pitam rasanya. Abahnya suruh tukar password tapi kalau di tukar nanti dia sendiri create akaun baru lagi haru. Buat masa la cuma dapat nasihat dan perli se das dua jer ler. Kata-kata kita ni dah tak heran dah. Boleh mengadap lappy sampai time waktu berbuka. Dulu kalau balik kerja dah siap dia masak nasik..kita ni masak lauk jer. Sekarang? adik beradik dah ada kat meja makan pun dia asyik dengan lappy. Dia memang tension sebab semua aktiviti dia kena pantau. Nak ambik lappy tu takut nanti dia pandai jejak kaki ke CC pulak. Semuanya dalam keadaan serba salah. Memang mencabar betul dengan karenah anak zaman sekarang ni. Allah yang mampu sekarang berdoa agar hatinya menjadi lembut sesuai dgn namanya Atiff. Tapi kecewanya hati aku ni sampai aku tak der mood la pulak nak layan dia bercakap. Aku buat endah tak endah jer dengan dia sebab geram...
No comments:
Post a Comment