Friday, 19 October 2012

Baking powder

Hari Isnin MC..sebab demam. Lepas balik dari klinik cadang nak buat cekodok bawang. Sampai qumah terus bagi tau En.Atan nak buat cekodok bawang. Bila dah tanya tu sah la tanya cara nak buat sekali. En.Atan pun explain la.
Ok jap lagi kita bancuh tepung...mak semangat ok nak makan cekodok bawang. Lepas tu tanya dia lagi..
"Erkk macam mana nak bagi cekodok tu naik kembung bulat2"
"Boh la baking powder....kan abah beli hari tu"
"Heeeee mana ada pun"
"Sebotoi besaq tu takkan dah habis" Tu dia tanya penuh kehairanan.
"Backyard science....."
"Kalau dah backyard science tak leh kata apa la"

Hakhakhak...yer baking powder En.Atan telah habis dikerjakan oleh anak-anak dia semasa bereksperimen. Ni sebab depa suka sangat tengok backyard science. Jadi cekodok hari Isnin tu adalah kepek-kepek dan tidak bulat montok. Apa pun cekodok tu tetap habis jugak. 
Ini copy dari google. Tapi qoper ini lah baking powder yang En.Atan beli.

Eksperimen Bang Teh dan Muaz

Ini namanya jet nak terjah raksasa!!!!

2 comments:

Deena Yasmin said...

letak ibu roti pun bleh, atau klu nak bagi cekodok tu lembut bancuh ngan air panas.. pehh sedap mkn time2 ujan, cicah ngan cili sos hehe...

Muhamad anuar Marsib said...

Walaupun takder baking Powder, tapi habis juga.. Itu menandakan keberkatan air tangan seorang ibu/isteri..

Blog Widget by LinkWithin