Friday 4 January 2013

Ada aku kesah?

" ada aku kesah???" Bila ayat tu di tutur dengan mimik muka yang tah apa-apa. Yang tak tau nak divisual macam mana mimik muka tu memang menyakitkan hati orang yang mendengar dan melihat.
Kita mungkin tidak kisah bila kita melantunkan sebaris ayat, perkataan atau perbuatan. "Ada aku kesah" kan apa yang orang lain nak rasa, nak terima. Tersayat hati yang mendengar tu. Masa menutur tu pula riak muka bukan main bangga gilerrrrr. "Ada aku kesah"....
Tapi kita tidak sedar "ada aku kesah" kita tu telah menyebabkan hati orang lain tersayat. Meninggalkan kesan yang mendalam, subur menjadi dendam. Sebab tu lah kena berhati-hati dan memilih jika ingin mengungkapkan walaupun sepatah kata. Peringatan untuk diri sendiri. "Ada aku kesah" opssss :)
Ok berbalik pasal part "subur menjadi dendam" tadi. Ya lah bila dah jadi dendam maka pihak ke tiga iaitu syaitan nirrajim pun mula la menyucuk jarum. Sebab tu lah ramai pula yang kena "black magic" akibat mulut busuk diri sendiri. Sebenarnya diri sendiri yang cari penyakit dan diri sendiri juga yang menyebabkan orang lain mendapat dosa. Apa tidaknya dek kerana dendam sebab "ada aku kesah" tu, orang tu diheret pi jumpa bomoh siam ka, cambodia ka sebab nak balas dendam.
"Saya mau dia rasa seperti mana saya rasa" puncanya "ada aku kesah"
"Saya nak dia sampai berhenti kerja" pun puncanya dari "ada aku kesah"


Memang susah untuk mendapatkan kehidupan yang kita impikan tapi kita kena berusaha kan. Jaga tutur kata  jangan sampai ada pihak yang terasa hati.

Kita selalu amalkan sebelum tidur kita "memaafkan semua orang" walaupun hati kita amat tersayat. Kita nak orang lain bahagia sepertimana kita pun nak bahagia:)

1 comment:

aSmiDar said...

Btl tu..sentap jhk bila org ckp ade aku kesah..tp tgk jugk keadaan..kot nnpk riak die bgrau ke..bergntungla jgk kn...ermmm

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers