Saya adalah pencinta tegar ikan. Berani mengaku pencinta tegar ikan walhal ikan pun tak kenal. Yang kenal ikan bawal, cencaru, pari, temenung, ikan sebelah, merah . Jika di beri pilihan ikan dan ayam, saya lebih suka memilih ikan. Kat rumah jarang saya beli ayam. Satu sebab saya tak berapa suka, yang kedua sebab tak tau nak multi masak ayam tu. Pi mai masak ayam goreng, goreng kunyit, masak sup dan kicap. Habis nak buat masak merah tak lepas, apa nak buek. Ikan pun bukannya saya masak macam-macam. Sekadar goreng dan buat ayaq asam cicah. Cukup memadai bagi saya dan anak-anak dan bapa anak-anak. Tapi saya tak suka beli ikan buat stock untuk seminggu.Kalau stock pun setakat 2 hari ja. Hehehe dah fesyen tu apa nak buek.
Ni cerita minggu lepas. Suka ikan tapi fail bab nak siang ikan. Mula-mula kahwin dulu, balik rumah ibu mertuaku, En.Atan beli ikan temenung belambak. Memang hangin sebab saya tak suka siang ikan. Last En.Atan ajar, cabut ja isi perut dia tu habis cerita. Sampai sekarang macam tu lah saya siang ikan. Lepas siang saya akan rendam ikan tu dengan asam jawa. Kalau tak ada pakai cuka. Kalau tak ada cuka pakai limau nipis atau belimbing buluh. Tu arwah Tok yang ajar.
So ikan diatas tu memang mencelarukan juga nak siangnya. Last bapa anak-anak yang siang, ibu anak-anak cuma cuci dan masak. Hahaha habis cerita. Nak tau apa yang di masak??? Goreng saja... dan cicah air asam. Nasi 4 cawan selamat dihabiskan. :)
HIDUP BUKAN SUSAH CUMA KITA YANG MENYUSAHKAN
No comments:
Post a Comment