Kadang-kadang rasa pelik dengan diri sendiri. Kalau dalam FB ka blog ka email ka wahh bukan main rabung lagi i kan. Tapi bila nak face to face tetiba i rasa malu tapi lebih kepada rasa rendah diri. Entah lah tak tau kenapa. Mungkin sebab hampir 3 1/2 tahun ni asyik mengulit dengan anak2 saja dan memerap dalam rumah. Ya benar i lebih banyak spent kan masa dengan anak-anak i. Kalau keluar berlibur pun dengan anak-anak juga. Dulu rajin juga i berkereta melawat kawan-kawan konon mengeratkan sirraturrahim tapi bila i tengok air muka orang tak selesa dengan kehadiran i dan anak-anak maka i stop dah la aktiviti tu. Yer anak-anak i lasak jadi puas berpesan berjentik kalau kerumah orang jaga tata tertib . Ikut la dalam 3 minit lepas tu dia buat rumah tu macam rumah sendiri. So i stop dah la..i bawa depa pi lepak2 kat playground, mcdonald tak pun ulang masuk underwater world tu, naik cable car, masuk wildlife park tu yang tu ja la. La ni aktiviti baru melepak di playground malam-malam sebab time malam dah terang benderang sebab depa dah pasang lampu. Malam lagi enjoy :). Dengan jiran tetangga pun i jarang lepak bersembang. Entah lah sekarang kena hati-hati. Sebab dah terkena depan manis macam gula tapi belakang kita pahit berdengung. I dah terkena tapi I tak pi tanya atau komen apa-apa. Just buat tak tau saja, cuma sedihlah kita ikhlas baik dengan dia tapi belakang kita boleh dia buat macam tu. Tapi kan masa tengah dok basuh pinggan tu ternampak jiran depan block melepak petang-petang bersembang ishh rasa diri ketinggalan la pulak...hehehehehehe tapi memerap diri dalam rumah adalah best ok.
Ok balik kepada bab nak berjumpa dengan sahabat handai rakan taulan yang dah bertahun tak jumpa tu memang tetiba rasa segan. Rasa diri sendiri jauh ketinggalan dari mereka. :(. Lepas tu aksi kadang-kadang macam pertama kali nak keluar dating pun ada. Betapa punya loqlaq la hahaha. Dan maaf juga sebab saya lebih suka berjumpa di luar dan bukan dirumah kerana rumah saya adalah sempit dan saya bimbang jika tetamu saya tidak selesa dan ditambah pula dengan aksi anak-anak I yang lasak itu.
Sorry kawan-kawan :) apa pun saya amat gembira bila dapat jumpa, melepak dan bercerita kisah kita dulu-dulu. The best moment ever....
No comments:
Post a Comment