Tuesday, 21 May 2013

Semakin mengerti

Tau kan PIL ada kat rumah I. My MIL adalah seorang yang rajin bercerita. I cuma dengar saja apa yang dia cerita sebab watak yang dia cerita tu I tak kenal. Jadi tak tau celah mana yang I nak mencelah. Dan cerita yang sama akan di ulang semula selang 2@3 hari. Kesimpulan yang I buat adalah kerana dunia MIL cuma sekitar compound rumah dia saja. Dia tak keluar bertandang kerumah jiran-jiran. Bergotong royong masa jiran sekampung buat kenduri. Itu semua atas faktor umur dan kesihatan. Kalau tengok cara MIL berjalan memang kesian. Dulu masa penglihatan FIL masih ok, dia orang buka kedai kopi depan rumah. Penuhla kedai kopi tu pagi2 dengan warga kampung. Jadi sedikit sebanyak masuklah input-input baru pada depa berdua. La ni bila FIL dah tak larat kedai kopi tu pun tutup. Jadi bila MIL dok pot pet pot pet bercerita..I dengar sajalah. 
I sedang belajar memahami MIL. Adoii asyik2 MIL saja hahahaha..awat tak nya my FIL ok saja. Sempoiii. Kesimpulan yang I boleh buat pasal MIL ni ialah, dia sunyi sebenarnya. Anak-anak dah ada kehidupan masing2. Cucu-cucu pulak ada aktiviti sendiri. Jarang pi jengok depa berdua. Style MIL adalah style zaman Tun Teja. Kalau cucu2 lalu tepi cucur atap rumah dia harus kena keloi dia "buat apa tok"....hah ambik kau. Kalau masak apa2 yang best dan luar biasa hulur la semangkuk pada tok dan wan ni. Mai la ziarah Tok dan Wan tolong sapu sampah dan kemaih rumah depa dan lain-lain lagi lah. Memang sukar kalau nak ikut rentak MIL. Jalan terbaik adalah buat mana yang kita rasa terbaik. I cuba sedaya upaya layan depa dengan baik. Yang penting perut kena kasi kenyang. Kalau lapar ini boleh menimbulkan amarah. Sepanjang disini kami sedar yang MIL tak pernah masak hatta buat air. Dia dah tak larat sebenarnya. Masa berdua dengan FIL di kampung, terpaksalah dia masak sebab itu adalah tugas dia dan tanggungjawab dia. Tapi dia cuma masa benda yang sama...itu kami perasan . Dan itu juga atas faktor tenaga dia. Dengan keadaan dia  nak berjalan terhoyong hayang mana mampu dia nak berdiri lama-lama masak beraneka jenis lauk lagi pun cuma 2 mulut saja nak makan kannnnnnnnnnnn. Dah tu banyak pula pantang larang bab makan ni. Bila dengan kami haa kami masak apa yang kami rasa depa perlu makan. Mau tak mau depa kena makan dan taraaaaaaaaa my FIL makan dengan berselera sekali. :)... Jadi En.Atan lepas hantar anak ke sekolah dia akan siapkan breakfast untuk depa  berdua . Time lunch pun dia akan masak. Time dinner I la yang take over hahahaha. 
I semakin mengerti tentang perasaan MIL & FIL. Bila semalam masa kami tinggal bertiga (En.Atan pi ambik anak-anak mengaji Che Nah dan Muaz follow) time tu la pakat meluahkan isi hati. Memang kadang-kadang terasa hati dengan MIL tapi bila ingat kita sendiri akan tua dan akan bermenantu dan bercucu-cicit maka dengan sendiri nya perasaan geram tu akan surut. I tak mau berjanji apa-apa cuma selagi terdaya i cuba buat yang terbaik la pada depa. Terima kasih Allah..sebab bagi peluang pada I untuk berbakti pada orang tua walaupun cuma parent in law tapi darjat depa tetap sama macam ibu bapa sendiri kan???

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers