Tuesday, 30 July 2013

Semangat yang hilang

Hilang semangat nak sambut raya. Mungkin dibawa pi bersama pulangnya arwah Tok Wan a.k.a "Pak". Atau mungkin faktor umur?? Hari ni dah 21 ramadhan. Hati jadi walang dan resah bila memikirkan Ramadhan akan meninggalkan kita. Sayu hati. Anak-anak sibuk menghitung hari nak sambut raya. Kalaulah depa paham apa yang ada dalam hati ni mesti depa tak kalut nak pangkah kalendar. Bulan lain mana ada sibuk nak masak waktu petang untuk berbuka. Bangun jam 4 pagi nak masak untuk bersahur..kemudian sambung buat kerja rumah, subuh kemudian mai kerja. Tak dak tu semua. Semua tu hanya ada dalam bulan Ramadhan saja.  
Raya tahun ni pun persiapan baru 5 % rasanya. Yang complete cuma baju abang. Yang lain2 tu nanti dulu. Kalau nak membeli tak boleh bawa 2 beradik yang no 4 & 5 tu. Asyik ligan depa tak dan nak memilih dan membeli. Memang depa berdua tu kena tinggal dengan abang la jawabnya nanti hahaha. Tak pun umpan bawa pi tengok movies hah. 
Tajuk entry semangat yang hilang tapi up sikit la bila semalam ayahanda call kata nak mai sini raya ke 3. Alhamdulillah. Harap-harap plan menjadilah. Bayangkan ini kali pertama ayahanda nak beraya kat rumah aku???? Perghhh . Ketuk kepala sendiri hahahah sebab inilah yang aku dok bayangkan dan imagine kan. Depa mai bertandang kat rumah aku. Kami tak rapat dan mesra tapi kita cuba yang terbaiklah kan. 

Raya kali ni berbeza sebab FIL dah tak ada. Hati sayu saja. Walaupun En.Atan cuti 2 hari tapi kami tetap balik juga. Sebab tak nak MIL rasa sunyi. Setelah 48 tahun berhari raya bersama...inilah kali pertama MIL berhari raya tanpa FIL. Kita tak nak dia berasa sunyi dan sepi. 


1 comment:

Lyn Yusoff said...

slow shopping tu kak..
sure complete jugak nnti

Blog Widget by LinkWithin