Tuesday 3 December 2013

Tak sihat dan lain-lain cerita

Sudah hampir sebulan I sakit telinga. Sakit yang bukan kepalang. Telinga I bersih, tak ada nanah dsbnya. Tapi bila sakit berdenyut dan rasa macam nak demam. 17/12 ni kes I di refer ke hospital jumpa pakar ENT. Sebenarnya I ada 2 option sama ada jumpa pakar hospital kerajaan atau swasta. Kalau ke swasta caj to insuran under company. Wallah GL pun I dah dapat. I dah fax to KMC, nak buat appointment tapi apakan daya, our company tak ada account dgn KMC. Ermmm kena nunggui lagi sbb HR sedang f/up. Tapi oleh kerana sakit yang tidak tertahan I ke klinik. Mujur hari tu doktor ganti adalah dari hospital Langkawi. Dan I kenal doktor wanita (chinese) itu. She is the best bagi I ler. Dia pernah merawat bang teh dulu dan I memang puas hati the way dia rawat bang teh. And because of her jugaklah I dapat appoinment dgn Pakar ENT pada 17/12 nanti. Terima kasih. I kata pada Pak Atan mana datang dulu I pi lah sebab I tak larat nak tunggu dan telan pain killer. Tapi semalam sebab terlalu sakit luruh juga air mata I. Kerana terlalu advance sangat I kan suka fikir yang bukan-bukan. Tu yang emo terlebih. Sihir?? Ermm ada juga...tapi serah pada Allah lah membalas perbuatan terkutuk tu. 

Paul Walker also known as Brian O'Connor dalam Fast & Furious meninggal dalam kemalangan kerana kereta yang dinaiki hilang kawalan dan berlanggar dengan tiang lampu, pokok dan terbakar. Kalau tengok pada gambar kemalangan memang tak boleh nak diselamatkan. 


Gambar yang dipercayai kali terakhir orang ramai melihat Paul Walker masih hidup. 


Ada baca dalam facebook berkaitan dengan kematian Paul Walker...cara kita mati adalah bagaimana kita menjalani kehidupan kita. Betul agaknya kan, masa hidup kerja dia berlumba kereta, berlakon bawa kereta laju-laju. Dia meninggal pun sebab kemalangan kereta. Ok sudah pasal Paul Walker.Jadi marilah kita menjalani kehidupan kita dengan mengikuti landasan yang betul.Jauhi apa yang dilarang dan amalkan apa yang disuruh.

Cerita pasal remaja perempuan yang  berumur 12 tahun yang bernikah dengan pasangannya yang berumur 19 tahun, kemudian diceraikan dengan talak 3 sebelum sempat menyambung anniversary yang pertama. Habis kisah tu di korek dan dibahan. Kesian dengan keluarga berkenaan bila apa yang cuba diselindungkan telah dibongkar. Dan kini kes yang sebelum ni disangka selesai tetap akan diteruskan. Jangan berdolak-dalik dengan undang-undang. Dari satu sudut, logiklah berkahwin dengan budak bawah umur, yang masih budak memang memerlukan kesabaran. Jangan berharap budak berumur 12 tahun tu akan melaksanakan tanggung jawab seperti isteri dewasa. Kena la lentur dengan sabar. Semoga kita semua mendapat iktibar.

Paling menyayat hati kisah 3 beradik yang mati dibunuh. Kisahnya disini. Hilang semuanya dan  SINI JUGA. Penuh dengan tanda tanya kisah ni. Mengapa dengan tega dibunuh ketiga beradik tersebut. Nilai moral kita sebenarnya sudah runtuh dan makin hari makin terhakis. Sebenarnya kita hidup dalam ketakutan. Jangan nafikan hal itu. I sendiri hidup penuh dengan curiga. Nak ambik duit kat ATM pun takut. Lepas ambik duit masuk dalam kereta rasa macam ada orang ikut sampai kerumah. Dulu takut hantu hahaha sekarang takut pada orang. 2 saat berselang pasti berlaku kejadian jenayah diserata tempat. Tahun 80an-90an kes bunuh adalah kes yang terpencil. Paling ngeri tahun 1993 kes bunuh ADUN Batu Talam, Dato Mazlan Idris. Tu kira ngeri la sebab di kerat 18 belas. Sebelum kejadian 1993, kes pengacara kanak-kanak Intan Yusniza yang mati dibunuh bersama ibu angkatnya. Tahun I tak ingat. Jadi hangat sebab Intan Yusniza adalah pengacara rancangan kanak-kanak di RTM. Tapi sekarang salah sikit bunuh, silap sikit bunuh. 
Semoga misteri kes 3 beradik ni terurai dan yang bertanggung jawab berjaya diheret kemuka pengadilan...

Dimana keamanan seperti yang dilaungkan????????


No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers