Wednesday, 19 March 2014

CUTI DAN DEPA TUANG SEKOLAH

Plan nak balik kampung 1/3/2014. Ya time tu bukan cuti sekolah tapi Mak Encik tulis surat kat cikgu minta cuti. Rasa dah sesak kat Langkawi ni dengan panasnya.Maka marilah kita lari pi sedut udara kat tempat lain. Hahaha. Plannya semua nak balik tapi last minit Pak Atan tak jadi balik. Ok momantai biarlah mak encik balik dengan anakanda saja. Wa tak kisah. Tapi memikirkan yang mak encik akan drive sendiri woooooooo seram.  Kami naik feri pukul 5 petang. Dari Perlis bertolak ke Kamunting sampai dalam pukul 1 pagi gitu.Mak Encik amat alah memandu pada waktu malam. Tapi demi anak-anak Mak Encik beranikan diri. Mujur Abang tak tidoq sepanjang jalan. Dia temankan Mak Encik. Jadi GPS lagi. Memang lambat sebab singgah di RNR Gurun bagi budak2 ni makan dan berak kencing dulu. Baru senang nak meneruskan perjalanan kan.  Dari awal lagi memang sudah tempah bilik di Seri Malaysia. Tapi jika sampai awal mungkin tidur di rumah sedara mara atau rumah ayahanda. Bila dah sampai lewat memang letih sangat maka kami check in juga di Seri Malaysia. Pengalaman paling manis la buat Mak Encik drive sampai ke Perak sana. Walaupun sakit pinggang tak ingat dunia huhuhuhu. 


Gambaq culang caling. Layankan sajalah ya. Ini waktu pagi kat Seri Malaysia Taiping. Huh dapat bilik depan swimming pool maka pakat terjun tiruk la dalam tu.

Kat rumah Pak Long di Kg Bendang Nering Batu Kurau. Bergambar dengan anak sedara baru. Anak cousin Mak Encik. 

FM Mak Encik beli atas Cameron Highland.

Ya Mak Encik berjaya naik ke Cameron Highland dengan drive sendiri. Mak Encik kagum dengan diri sendiri.  Tapi sayang sebab kami naik dah lewat sangat jadi sampai sana dah malam. Kedai pun banyak yang tutup. Tidak la mengenjoy sangat pun. Tak pa la next time kita pi lain sekali dengan Pak Encik. 

Depa berdua memang suka baby.

Kami sempat juga pi zoo taiping. Mula-mula jalan kaki lepas tu patah balik naik tram hahaha. Tak larat la nak pusing dalam tu dengan berjalan kaki.

Pakat letih. Sebaik sahaja check in terus pakat tukar baju dan tidur. Kesian anak-anak Mak Encik.

Ni masa on the way ke Cameron Highland.Memang seriau sangat dengan bas, lori balak. Zikir tak berhenti. Lagi seram masa turun dr CH kan dah malam ishh. Kalau boleh memang nak elak trip malam-malam ni. 

Nak masuk terowong. Anak-anak excited habis.


Dalam terowong. Ok walaupun short trip tapi best. Cuma Pak Encik tak join. Kesian kat dia ja la hahahahaa.
Mari merancang kemana plan seterusnya...........

No comments:

Blog Widget by LinkWithin