Monday, 20 October 2014

Checklist


Checklist lah sangat kan!!!

Yang 500 x 6 bulan tu harap jadi kenyataan. Boleh beli perabot baru. Tengok belum terkumpul dah berangan. Ya lah rasa sayang nak jual barang-barang kat sini. Nak beli bukan senang. Walaupun masa beli tu barang sekehen ja ..hotel buat lelong. Sekali dapat bonus sekali beli barang haha. Tapi tengoklah kalau kos nak bawa balik tu melebih-lebih baik lelong ja kan. lagi pun iols tak ada lah barang banyak. Paling sayang nak jual dining table sebab permukaan tu tempered glass. Susah nak dapat. 

Bab cari rumah tu serah pada Pak Atan. Lagipun dia bagi tau future boss dia tolong cari rumah juga. Ok yang penting nak dalam area Taiping.  

Yang lain tu biasalah. Nak beli pinggan, mangkuk, kuali baru. Macam kalau masak dalam kuali baru lagi sedap haha.  Tapi biasalah perempuan semua nak baru. Ya lah tak bercadang pun nak bawa kuali2 antik yang dah tak larat nak tonyoh bagi putih gebu. Kita beli yang baru sajalah :)

Dalam excited ada yang tak excited.Risau juga sebab memikir nak kesana lepas tu dengan fulltime nak jadi house wife wooooo a bit scary. Ya lah pindah tempat baru tak kenal orang takkan nak hantar Che Nah senang2 bagi orang jaga. Hati budi dia kita tak kenal ..ooo no no...

Tak apa lah nanti kita jual ja la goreng pisang cheesee kasi leleh kat depan rumah..jadilah kot2 hujung bulan boleh juga pi shopping di Taiping Mall :))

pst: mesti ingat dan yakin ada hikmah yang terbaik disebalik semua ni sebab tu DIA lorongkan rezeki ni pada kami.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin